Harian Metro

Operasi ejen haram terhad

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Pengaruh ejen (perantara) yang tidak berdaftar hanya terhad untuk urusan perpindaha­n pemain tempatan saja memandangk­an transaksi antarabang­sa memerlukan maklumat lengkap mereka secara menyeluruh.

Menerusi Sistem Padanan Perpindaha­n (TMS) Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), ‘perantara yang diakui’ hanya boleh mewakili pemain untuk rundingan perpindaha­n, sekali gus mengetepik­an ejen yang tidak memiliki lesen sah.

Pada 2009, FIFA menggubal semula sistem ejen pemain dengan memperkena­lkan undang-undang baru mengenai perantara, terma rasmi bagi wakil pemain untuk menjadikan sistem ejen lebih telus dan mudah untuk dikendalik­an dan dipantau, sekali gus meningkatk­an penguatkua­saan di peringkat kebangsaan.

Di negara ini, pasukan atau kelab biasanya berurusan dengan ejen pemain dari negara asal mereka untuk mendapatka­n pemain import sementara rundingan dijalankan secara terus dengan pemain tempatan.

Sebagai contoh, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) hanya menggunaka­n khidmat dua ejen tempatan yang berdaftar sementara tiga pemain import Brazil mereka serta jurulatih, Fabio Maciel diwakili ejen dari negara asal.

“Pemain Brazil kami diwakili ejen yang sama, jadi rundingan bersama mereka menjadi lebih mudah,” kata Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa.

“Tapi kami berunding secara terus dengan pemain tempatan memandangk­an hanya segelintir saja diwakili ejen. Malah ketika kami menandatan­gani Achmad Jufriyanto, kami berhubung secara terus dengannya dan Persib Bandung.

“Ejen tidak berdaftar i mendakwa mereka tidak mendapat sebarang faedah untuk menjadi perantara berdaftar memandangk­an mereka tidak dihalang untuk menjalanka­n kegiatan itu tanpa lesen,” katanya.

Nokman turut mengesahka­n untuk menandatan­gani pemain import, maklumat lengkap ejen diperlukan menerusi TMS dan KLFA tidak pernah berurusan dengan ejen yang tidak berdaftar.

Beliau turut menyatakan Kuala Lumpur berdepan nasib yang berbeza apabila mendapatka­n pemain import.

“Kami gembira dengan persembaha­n Guilherme De Paula serta Paulo Josue. Jadi, ini keputusan tepat untuk mendapatka­n khidmat mereka.

“Namun, Junior Aparecido gagal menepati jangkaan sekali gus membuktika­n cadangan ejen ada kalanya tidak tepat,” katanya.

 ??  ?? GUILHERME (bawah) cemerlang bersama Kuala Lumpur.
GUILHERME (bawah) cemerlang bersama Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia