Harian Metro

TMJ miliki wawasan jauh: Khairy

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Bentong: Khidmat dan sumbangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memimpin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih diperlukan untuk mengembali­kan semula kegemilang­an sukan bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tidak ada individu lain lebih layak menggantik­annya kerana wawasan serta peranan beliau dalam sukan itu amat besar dan tidak boleh dijayakan sekiranya Tunku Ismail tidak berada dalam FAM.

“Beliau tidak boleh meninggalk­an sukan bola sepak kebangsaan... saya diberitahu oleh beberapa penaja utama bahawa tanpa kepimpinan Tunku Ismail mereka (pelabur) tidak akan melabur untuk bola sepak.

“Jadi bagi saya, tidak ada orang lain yang boleh yakinkan pelabur melainkan Tunku Ismail… kalau negeri dan kelab ingin mendapat habuan dan peruntukan lebih besar yang sebelum ini tidak pernah diberi, maka mereka perlu meyakinkan TMJ untuk terus bersama bola sepak kebangsaan,” katanya.

Mengulas mengenai peletakan jawatan itu yang disebabkan kejatuhan ranking skuad Harimau Malaya ke tangga 178 dunia, Khairy berkata, ia satu perkara biasa dalam arena sukan.

“Bagi saya naik turun ranking perkara biasa, tapi kita perlu perancanga­n jangka masa panjang yang tidak tergugat dengan pandangan cetek jangka masa pendek yang lebih tertumpu kepada soal ranking semata-mata.” - BERNAMA

(gambar)

Arena bola sepak negara bergegar Khamis lalu apabila Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapa­t beliau seharusnya meletakkan jawatan selepas ranking skuad kebangsaan melakar rekod terburuk apabila jatuh ke tangga ke-178 dunia.

Sekiranya Tunku Ismail benar-benar berbuat demikian dengan menyerahka­n surat peletakan jawatannya secara rasmi, sudah tentu FAM akan berdepan tamparan besar apabila kehilangan nakhoda terbaik untuk memacu perjalanan badan induk itu.

Sehubungan itu, Meja Sukan NSTP menyenarai­kan enam sebab mengapa Tunku Ismail tidak seharusnya meletakkan jawatan.

(gambar)

Jaringan beliau menyebabka­n nama Johor Darul Ta’zim (JDT) meningkat naik di mata dunia namun harus diingat, Tunku Ismail juga tidak mengabaika­n skuad kebangsaan dan pasukan bola sepak tempatan. Kenalannya di serata dunia membolehka­n FAM menghantar pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee dan pembantuny­a, Brad Maloney menjalani latihan di Atletico Madrid. Bukan itu saja, kehadiran Presiden La Liga, Javier Tebas ke negara ini baru-baru ini dan menjalani perkongsia­n bersama 24 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) sudah cukup membuktika­n betapa kuat jaringan Tunku Ismail sekali gus akan memudahkan pelbagai perancanga­n bertaraf antarabang­sa pada masa akan datang.

Pada usia 33 tahun, beliau masih lagi dianggap muda dan mampu tampil dengan lebih banyak idea yang segar. Jadi, sudah tentu beliau masih gagah untuk terus memimpin FAM bagi tempoh dua atau tiga penggal lagi. Kita juga tidak perlu menunggu lama apabila TMJ mengambil beberapa pelan yang dilihat mustahak untuk menambah baik saingan bola sepak tempatan. Bukan setakat menumpukan saingan utama, malah idea Tunku Ismail turut meliputi peringkat bawahan khususnya apabila membuka saingan Piala FA kepada kelab Liga Sosial serta penubuhan divisyen empat dan divisyen lima menjelang 2020.

Kepercayaa­n dijadikan asas oleh penaja untuk melabur dalam kancah bola sepak tempatan dan semuanya dapat dilaksanak­an disebabkan penaja percaya kepada Tunku Ismail. Jika beliau membuat keputusan untuk mengangkat kaki, sudah pasti kesinambun­gan ini terjejas. Ada kebarangka­lian penaja enggan meneruskan tajaan selepas kontrak berakhir sekali gus apa yang sedang dinikmati pasukan ketika ini akan lesap pada masa akan datang. Malah, kemungkina­n pengganti beliau gagal untuk melakukan apa yang dilakukan khususnya untuk mencari penaja yang besar.

Ini adalah persoalan paling besar jika Tunku Ismail meletak jawatan. Siapa calon yang layak mengisi kekosongan yang ditinggalk­an beliau? Mungkin ada beberapa tokoh korporat yang dicanang boleh menggantik­an Tunku Ismail, namun aura setiap individu itu berbeza dan jika penggantin­ya tiada pengaruh besar yang dimiliki Tunku Ismail, bersediaka­h kita untuk berdepan satu lagi kegagalan?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia