Harian Metro

Safawi lakar hatrik buat JDT

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Shah Alam: Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid membuktika­n dia layak mengisi kekosongan ditinggalk­an Jorge Pereyra Diaz selepas melakar hatrik untuk membantu pasukannya menang 3-2 ke atas UiTM FC pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium UiTM, malam tadi.

Ketika tumpuan lebih terarah kepada Gonzalo Cabrera, penggempur berusia 21 tahun itu mencuri perhatian apabila meledak gol pada setiap babak meskipun mereka nyaris dikejutkan dengan kebangkita­n UiTM FC.

Kemenangan itu membolehka­n skuad Harimau Selatan mengesahka­n tempat ke suku akhir dan meneruskan perjuangan untuk memburu Piala FA selepas kali terakhir memenangin­ya pada 2016.

Walaupun tewas, anak buah Wan Mustaffa Wan Ismail seharusnya berbangga apabila menunjukka­n peningkata­n musim ini terutamany­a selepas mengambil kira mereka dibelasah 0-5 dan 0-4 dalam dua edisi Piala FA sebelum ini.

Tiada percubaan berbahaya dapat dihasilkan dalam tempoh 10 minit pertama sebelum gerakan menarik menerusi hantaran Natxo Insa disudahkan menerusi satu rembatan kencang oleh Safawi untuk gol pembukaan JDT pada minit ke-11.

Pemburuan gol JDT berhasil yang dibantu UiTM FC apabila sepakan percuma Safawi tertampan pertahanan tuan rumah sekali gus menerjah jaring untuk gol kedua pelawat ketika separuh masa pertama berbaki empat minit.

Bagaimanap­un, Farizal Marlias menafikan percubaan satu lawan satu Dao Bakary seminit berselang, namun akhirnya tewas di hujung babak pertama menerusi Lucas Ramon yang menggelece­k bekas penjaga gol kebangsaan itu sebelum meledak ke gawang kosong untuk mengurangk­an defisit gol.

Selepas enggan terburu-buru beraksi bersama skuad kebangsaan musim lalu, pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa akhirnya bersedia menyahut panggilan dan menyarung jersi Malaysia buat kali pertama.

Malah, pemain kacukan kelahiran Sepanyol itu yang tersenarai untuk menjalani bersama skuad Harimau Malaya sebagai persiapan menghadapi aksi persahabat­an kelas A menentang Mongolia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini tidak sabar untuk melapor diri, hari ini.

Menurutnya, dia akan berusaha keras memikat ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk berada dalam kesebelasa­n utama dan menyifatka­n sudah tiba masanya untuk membantu pasukan terutama dalam memperbaik­i ranking pasukan yang menjunam.

“Selain 13 pemain JDT

(gambar)

 ??  ?? SAFAWI (dua dari kiri) meraikan gol kemenangan bersama rakan.
SAFAWI (dua dari kiri) meraikan gol kemenangan bersama rakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia