Harian Metro

12 otai berentap

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Selepas bersiaran sembilan siri, Mentor kembali memperkena­lkan konsep baru menampilka­n peserta berusia antara 35 hingga 55 tahun.

Bagi persembaha­n pertama malam ini, program realiti nyanyian Mentor Otai akan memperkena­lkan 12 peserta.

Program terbitan TV3 itu akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jam 9 malam.

Namun, hanya lapan peserta berbakat akan mara ke peringkat seterusnya.

Barisan tenaga pengajar terdiri daripada penyanyi berpengala­man iaitu Misha Omar, Siti Sarah, Tam Spider dan Zarul Husin.

Program mencungkil bakat penyanyi baru itu turut menampilka­n penyanyi Mark Adam dan komposer Edry Abdul Halim sebagai juri tetap.

Pengurus Besar, Pengurusan Jenama, Integrasi Digital dan Perolehan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Zurina Othman berkata, sesi uji bakat bulan lalu dihadiri lebih 1,000 peserta.

“Kami teruja memperkena­lkan edisi baru Mentor kerana menampilka­n kelainan dengan membuka ruang kepada peserta lebih berusia.

“Konsep ini berbeza dengan edisi sebelum ini yang mengetenga­hkan peserta muda,” katanya.

Zurina berkata, program realiti terbitan TV3 itu diharapkan dapat memberi peluang kepada protege untuk menonjolka­n bakat dan menggapai impian mereka bergelar penyanyi.

“Hal ini bukan mustahil kerana barisan mentor terdiri daripada penyanyi berpengala­man dalam industri muzik tanah air,” katanya.

Juara Mentor Otai akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM50,000 dan RM20,000.

Penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni akan berganding­an dengan penyanyi dan pelakon Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juri akan menilai persembaha­n peserta sebanyak 50 peratus dan 20 peratus lagi undian juri awam.

Manakala 30 peratus lagi undian dalam talian menerusi laman sesawang www.xtra.com.my yang akan dibuka mulai 25 Mac ini.

Protege yang mempunyai markah rendah di konsert

TV3 buka ruang kepada peserta lebih berusia gapai impian jadi penyanyi

mingguan akan disingkirk­an.

Mentor Otai akan bersiaran selama tujuh episod di TV3 setiap Ahad, jam 9 malam.

Siaran ulangan Mentor Otai boleh disaksikan pada setiap Jumaat, jam 9.30 pagi mulai 23 Mac ini atau menerusi portal tonton.

Saksikan juga paparan menarik di belakang tabir persediaan protege bersama mentor mereka dalam Jurnal Mentor setiap Ahad, jam 6 petang.

 ??  ?? MENTOR, (dari kiri) Tam Spider, Siti Sarah, Misha Omar dan Zarul Husin.
MENTOR, (dari kiri) Tam Spider, Siti Sarah, Misha Omar dan Zarul Husin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia