Harian Metro

ARIfF SEGAN SAPA

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Penyanyi, Ariff Bahran mengakui dirinya berat mulut untuk bertegur sapa dengan penggiat seni. Bukan sombong atau besar kepala, sebaliknya sebagai orang baru, dia berasa segan dan rendah diri untuk memulakan perbualan.

Jejaka berusia 20 tahun ini sedar ramai mengkritik sikapnya malah ada yang salah faham.

“Saya akui semua berpunca daripada kesilapan sendiri. Saya bukan sombong tapi segan menyapa orang sekeliling. Memang dari dulu saya berat mulut tetapi apabila sudah kenal dan rapat, saya akan bercakap mengenai banyak perkara.

“Saya tahu perkara ini akan beri kesan pada karier dan belajar memperbaik­inya.

“Mujur ada rakan-rakan artis seperti Haqiem Rusli yang beri banyak tunjuk ajar. Dia akan tegur saya jika ada benda yang tidak kena sewaktu temu bual ataupun persembaha­n di pentas. Pengurus juga selalu menasihati saya,” katanya.

Bagaimanap­un, Ariff reda dan terima dengan hati terbuka jika masih dilabel sombong selepas ini.

Baginya, ia pengajaran dan berjanji untuk memperbetu­lkan.

“Kedengaran klise tetapi orang yang beranggapa­n saya sombong biasanya mereka tidak kenal atau tidak pernah bercakap dengan saya.

“Kini, saya berusaha memperbaik­i kemahiran berkomunik­asi. Ramai tampil memberi bimbingan dan saya sangat bersyukur dengan sokongan itu,” katanya.

Ariff kian mencuri perhatian ramai menerusi lagu Kata Akhirmu yang mendapat sambutan luar biasa. Dilancarka­n tahun lalu, video muzik lagu itu sudah melewati 5.2 juta tontonan menerusi YouTube.

Bakat baru seni suara akui belajar sesuaikan diri Memang dari

dulu saya berat mulut tetapi apabila sudah kenal dan rapat, saya akan bercakap mengenai banyak

perkara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia