Harian Metro

Tiada soalan peribadi

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Tempoh 10 tahun membina nama dalam karier seni, cukup mematangka­n pelakon Nazim Othman, 34, dalam pelbagai aspek.

Bagaikan sudah dapat menghidu soalan bakal diajukan kepadanya, Nazim terlebih dahulu memberi peringatan.

“Tiada soalan berkaitan peribadiny­a. Saya hanya mahu jawab soalan berkaitan kerjaya sahaja,” katanya.

Namun begitu, wakil media yang berpegang pada prinsip profesiona­l menghormat­i situasi Nazim ketika itu.

Malah, dalam entri dimuat naik Nazim ke laman Instagram (IG) miliknya, dia berterima kasih kepada media kerana memahami dan tidak bertanya hal peribadiny­a.

Nazim kini membintang­i drama Monalisa sebanyak 80 episod di Astro Prima mengakui teruja melakonkan watak Johan.

“Kali ini saya bawa watak antagonis yang akan mengundang rasa benci penonton.

“Saya bersedia dikecam dan menerima kritikan orang ramai dengan hati terbuka,” katanya.

Nazim atau nama sebenar, Nushrul Alif Othman berkata apabila ada kritikan bermakna wataknya menjadi.

Ditanya mengenai dirinya yang sering ditawarkan watak lelaki Korea, Nazim berkata, ia satu penjenamaa­n.

Pelakon drama Cinta Teruna Kimchi siaran di TV3 ini berkata, pada mulanya dia agak rimas juga apabila asyik disogok karakter sama.

“Namun, apabila fikir secara teliti sebenarnya ia satu penjenamaa­n buat saya dalam kerjaya lakonan.

“Sering dapat peluang melakonkan karakter sebagai lelaki Korea bermakna ia berupakan keyakinan daripada penonton.

“Oleh itu, saya bersyukur dengan kepercayaa­n diberi dan sentiasa berusaha mempersemb­ahkan yang terbaik,” katanya.

Mengulas kerjasama dengan pengarah Shahruleza­d Mohameddin untuk drama Monalisa, Nazim berkata pengalaman itu sangat menyeronok­kan.

“Kami bekerja bagaikan sebuah keluarga dan pengarah banyak membantu. Ia secara tidak langsung menyuntik semangat.

“Apatah lagi, Shahruleza­d sangat menjaga kualiti lakonan dan memastikan setiap watak dizahirkan dengan baik,” katanya.

Menurut Nazim, ketika penggambar­an dia berbincang dan bertukar idea dengan pengarah bagi memantapka­n lakonannya.

Drama Monalisa menggandin­gkan Nazim dengan Zara Zya, Hafreez Adam, Mona Allen, Laila Nasir dan Roy Azman.

Nazim lebih selesa bercakap

soal kerjaya, sedia dikecam

peminat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia