Harian Metro

Komposer ‘kaki pinjam’

-

Baru-baru ini Cik Pang sempat bertemu dengan rakan lama di sebuah acara hiburan.

Banyak jugalah yang dibualkan dan antara yang dikongsi rakan

Cik Pang adalah mengenai seorang komposer dan pemuzik muda yang kian popular.

Cerita yang Cik

Pang anggap kurang enak ini, mengenai sikap komposer dan pemuzik muda itu yang suka meminjam duit.

Kata rakan itu, pantang saja dia rapat dengan sesiapa yang dikenali pasti akan pinjam duit.

Apa yang Cik Pang hairan, dia menganggot­ai sebuah kumpulan terkenal yang banyak menghasilk­an lagu untuk penyanyi lain.

Logiknya, berkepuk jugalah duit royalti diperolehn­ya malah

Cik Pang dengar mencecah puluhan ribu.

Namun, ke mana duit itu dibelanjak­an? Dan, kenapa pula dia terdesak sangat hingga asyik meminjam duit orang sahaja? Tidak berasa malukah?

Kalau dengan seorang dua yang dia meminjam,

Cik Pang tidaklah terkejut sangat. Tetapi, mengikut cerita rakan itu ramai juga individu yang terkena.

Apa yang boleh Cik

Pang kata, beberapa lagu ciptaan komposer dan pemuzik muda ini setiap hari dimainkan di stesen radio popular.

Jadi, royalti diperoleh pasti berterusan dan kalau ‘dia’ bijak mengurus perbelanja­an maka tidak perlu sampai meminjam.

Lebih memburukka­n keadaan, sikap kaki pinjam komposer dan pemuzik muda itu sudah merimaskan banyak orang termasuk diketahui pihak pengurusan­nya.

Biasalah, kalau pinjam tetapi tidak pernah bayar siapa pun akan berasa sakit hati.

Tak tahu Cik

Pang nak kata apa, sebabnya kumpulan yang dianggotai komposer ini pernah memenangi anugerah sebuah acara berprestij. Meskipun nama pelakon wanita ini tidak begitu popular, sikapnya mengalahka­n ‘diva’.

Mengikut cerita satu sumber, pelakon yang perasan cantik ini tidak gemar bergaul di lokasi penggambar­an.

Malah, dalam satu drama dibintangi bersama dua pelakon wanita lain yang menjadi sahabat baiknya, pelakon itu sanggup bersendiri.

Bila situasi jadi begitu, bagaimana nak bina keserasian dalam sekelip mata? Maka, bermacam kejadian Cik Pang dengar berlaku di lokasi.

Patutlah ketika Cik Pang berpeluang menonton drama itu, ada babak yang kelihatan kaku di dalam setiap episod disiarkan.

Realitinya, sesama pelakon gagal membina keserasian ketika pengambara­n dek kerana sikap seorang pelakon utama yang tidak mahu bergaul.

Malah, kata sumber itu lagi pelakon wanita ini lebih gemar menghabisk­an masa dengan menghadap skrin telefon.

Biasalah, sekarang kebanyakan selebriti suka mengemas kini status media sosial dan memuat naik foto terbaru untuk dikongsi dengan pengikut mereka.

Termasuk pelakon wanita ini yang boleh Cik Pang kategorika­n sebagai selebriti yang rajin berkongsi foto menerusi media sosial.

Kata sumber itu lagi, yang pasti sengsara jugalah pihaknya untuk menyiapkan penggambar­an drama dibintangi pelakon ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia