Harian Metro

Terlewat kerana tidur dalam kereta

-

Hampir dua tahun Projector Band membina nama dalam bidang nyanyian, banyak juga cerita sensasi pernah dicetuskan.

Antara yang Cik Pang masih ingat, Projector Band pernah didakwa bersikap sombong dengan penyanyi senior selain meletak harga tinggi untuk persembaha­n.

Itu belum lagi dakwaan yang mengatakan anggota Projector Band terkena kejutan budaya selepas mencipta populariti sekelip mata dengan single Sudah Ku Tahu.

Apapun, kini Projector Band berdepan dengan satu gosip baru yang mana

Cik Pang dengar vokalisnya, Iskandar atau Is sudah pandai datang lewat ke sesi promosi single.

Dengarnya, baru-baru ini Is lambat tiba di stesen TV untuk mempromosi­kan single terbaru Projector Band dalam satu program bual bicara.

Menurut seorang rakan produksi, Is beri alasan dia lewat kerana tertidur dalam kereta.

Nak tergelak pula Cik Pang dengar alasan itu. Teringat zaman sekolah dulu Cik Pang pernah ‘terponteng’ kelas tambahan dan beri alasan tertidur di surau.

Apapun, peringatan Cik

Pang buat Projector Band kalau benar-benar mahu serius aktif dalam karier seni, disiplin dan sikap perlu dijaga.

Kedua-dua perkara ini adalah tonggak untuk berjaya dan bertahan lama. Disiplin jadi teras paling penting selain bakat.

Harus diingat, persaingan dalam bidang muzik kini sangat sengit. Jadi, kalau terleka pasti akan ketinggala­n.

Bagi Cik Pang, Projector Band ada bakat dan potensi. Selagi masih ada peluang, hargailah ia sebelum hilang disebabkan kesilapan sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia