Harian Metro

Amira rancang strategi

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com

Selepas sebulan dimuat naik ke YouTube, video muzik Mimpi Indah nyanyian Amira Othman kini mencecah 600,000 tontonan.

Namun, jumlah itu tidaklah terlalu besar jika dibandingk­an dengan penyanyi seperjuang­an dengannya.

Ditanya adakah dia terfikir sebarang gimik untuk ‘melariskan’ video muzik itu seperti yang pernah dilakukan rakan karibnya, Nabila Nazari, Amira berkata, setiap penyanyi ada strategi tersendiri.

“Tidak dinafikan gimik boleh membantu video muzik tular dan ‘meletup’.

“Bagaimanap­un, kalau saya buat perkara sama rasanya orang sudah boleh agak,” katanya.

Menurut penyanyi dan pelakon berusia 25 tahun ini, sekiranya mahu melakukan gimik bagi melariskan lagu Mimpi Indah, dia perlu merancang dengan teliti.

“Kalau nak buat gimik, kenalah pastikan ia berhasil. Kalau ada idea yang sesuai dengan jalan cerita lagu saya, apa salahnya kan? Tapi, buat masa sekarang saya belum terfikir melakukann­ya,” kata Amira.

Apapun, Amira mampu tersenyum gembira apabila single ketiganya itu dipilih sebagai lagu selingan drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu.

“Alhamdulil­lah, selain mula dimainkan di radio, Mimpi Indah menjadi lagu selingan drama Tak Ada Cinta Sepertimu lakonan Syafiq Kyle dan Zahirah MacWilson.

“Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya mencari ruang dan menjadikan lagu ini sebagai OST drama pula. Mungkin akan ambil masa sedikit, tak mengapa,” katanya.

Ditanya mengenai sasarannya untuk lagu ciptaan Hael Husaini itu, Amira berharap ia mencecah sembilan juta tontonan di YouTube.

“Dua lagu saya sebelum ini pun ambil masa lama untuk dikenali. Apabila orang sudah tahu, ramai yang suka dan menonton video muziknya di YouTube.

“Harap ramai suka dengan Mimpi Indah dan jumlah tonton mencecah sembilan juta atau paling tidak lima juta,” katanya.

Amira menjelaska­n dia tidak mahu tunggu terlalu lama untuk tampil dengan single seterusnya.

“Saya belajar daripada pengalaman. Saya tak mahu tunggu lama seperti sebelum ini.

“Dalam pada sibuk mempromosi­kan Mimpi Indah, saya sedang mencari material baru untuk dijadikan single seterusnya,” katanya.

Bercerita mengenai kerjaya lakonan, Amira berkata, dia ditawarkan menjayakan drama bersiri tetapi terpaksa menolak kerana mahu fokus pada

Harap single Mimpi Indah dapat 9 juta tontonan di YouTube

karier nyanyian.

“Saya baru sahaja selesai penggambar­an filem yang masih dirahsiaka­n judulnya.

“Buat masa ini, saya mahu tumpukan sepenuh perhatian mempromosi­kan Mimpi Indah dan pembikinan single baru.

“Kalau semua berjalan lancar, insya-Allah saya akan kembali berlakon drama,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia