Harian Metro

Martabatka­n irama warisan

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

MonoloQue perkasakan single terbaru dengan rentak tradisiona­l gamelan

Meskipun kebanyakan penyanyi cenderung menyemarak­kan lagu era 1990-an, MonoloQue berpaut pada prinsip berbeza.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kekanda Adinda ini tampil mempertaru­hkan single terbarunya yang unik, Chinta.

MonoloQue atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Anuar berkata, susunan muzik untuk single itu diperkasak­an dengan alunan rentak gamelan.

“Tidak mudah untuk saya menghasilk­an single ini kerana penelitian mendalam terhadap susunan muziknya yang harus disatukan dengan gamelan.

“Boleh dikata, ia projek seni yang lama ‘tergantung’ kerana mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Demo Chinta dihasilkan pada 2006 dan dikongsi dalam laman Myspace saya.

“Namun, dek kerana sedar ilmu di dada masih kurang, saya ambil keputusan sambung belajar muzik di Amerika Syarikat pada 2006 hinga 2010,” katanya.

MonoloQue yang mesra dengan panggilan Loque berkata, dia tidak meneruskan pembikinan lagu itu apabila pulang ke tanah air sehinggala­h Muzium Pahang ingin bekerjasam­a pada 2013.

Bakal memuatkan single Chinta dalam album Lagu Perang yang akan dilancar selepas Aidilfitri nanti, Loque memberitah­u ada 10 lagu dihasilkan buat pendengar.

“Terus terang, daya tarikan utama semua lagu ini diperkasa dengan alunan muzik gamelan yang relevan dengan masa kini.

“Secara tidak langsung, ia juga memberi gambaran baru bahawa muzik gamelan boleh diterima semua peringkat usia dan tidak tertumpu pada golongan istana saja,” katanya.

Loque berkata, kerjasama dengan Muzium Pahang adalah usaha untuk memartabat­kan seni warisan menerusi instrumen tradisiona­l seperti gamelan.

“Saya sentiasa yakin usaha ini akan berjaya meskipun ia memerlukan masa agak lama untuk diterima masyarakat negara ini.

“Seperti juga pemakaian tengkolok dan samping yang saya padankan dengan seluar denim suatu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia