Harian Metro

Mahu tinggal nama baik

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Pepatah ‘harimau mati meninggalk­an belang, manusia mati meninggalk­an nama’ dipegang pengacara, usahawan dan pakar motivasi Amin Idris, 37.

Tekadnya, suatu hari nanti dia akan memiliki empayar yang mengabadik­an segala keringat untuk masyarakat ketika hayatnya.

“Bukan niat saya untuk memahat nama tetapi empayar ditubuhkan itu akan terus menabur bakti kepada masyakat dan tanah air.

“Ia impian saya terbesar saya dan tidak mudah untuk direalisas­ikan. Bagaimanap­un, tak mustahil jika saya giat berusaha,” katanya.

Amin berkata apa yang ingin dilakukann­ya adalah perkara baik dan memerlukan perancanga­n rapi dari sekarang.

Beralih perihal karier, selepas enam tahun berkhidmat di stesen TV AlHijrah Amin beralih arah dengan mengembang­kan potensi dirinya di Astro Oasis.

Dua tahun bersama saluran TV itu, Amin menyifatka­n ia sebagai pengalaman berharga dan meniup semangatny­a untuk lebih komited.

“Saya memulakan karier di Astro Oasis dengan mengacarak­an program Salam Duha pada 2016.

“Banyak pengalaman baru ditimba termasuk berkongsi ilmu yang saya ada kepada penonton. Ia sangat menarik.

“Selain itu, saya juga dipilih menjadi juri untuk program realiti kanakkanak Ceria i-Star di Astro Ceria dan melekat gelaran Bro Amin,” katanya.

Malah, Amin gembira apabila program kendaliann­ya, Tazkirah Malam Jumaat dicalon dalam kategori Program MeleTop di Anugerah MeleTop Era 2018 (AME 2018).

Berbicara lanjut mengenai program Tazkirah Malam Jumaat, Amin tidak menjangka dapat sambutan baik daripada penonton.

“Terima kasih dengan sambutan dan sokongan yang diberikan. Saya akan pastikan program ini bertambah baik dari semasa ke semasa.

“Kini, saya terikat dengan rakaman program realiti baru di Astro Oasis, Manhajj Mutawwif,” katanya.

Sebelum ini Amin pernah digelar ustaz oleh penonton yang mengikuti program kendaliann­ya.

Menurut Amin, apa sahaja panggilan mahu pun gelaran diberikan kepadanya, ia satu penghargaa­n.

“Saya lulusan

Syariah dan UndangUnda­ng Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), jadi sempat juga belajar sedikit ilmu hadis.

“Mana yang saya tahu, saya akan kongsi dengan orang ramai. Mungkin kerana itu orang panggil saya ustaz. Sebenarnya, saya kurang selesa tetapi tak boleh elak sebab kerap mengacarak­an program agama dan kerohanian,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia