Harian Metro

Naskhah inspirasi remaja

-

FILEM: PENGARAH: PELAKON: dapat melihat kesungguha­n Chong Wei mengabdika­n diri kepada sukan badminton.

Banyak babak menarik yang membawa khalayak menyelami kisah hidup beliau. Ketika zaman kanak-kanak, Chong Wei gemar bermain badminton sehingga menggunaka­n ‘kuali’ sebagai raket. Meskipun dilahirkan dalam keluarga susah, minat Chong Wei tidak pernah padam malah dia menjadikan

Datuk Misbun dan adiknya, Jalani Sidek sebagai idola.

Meskipun awalnya aspirasi Chong tidak mendapat restu bapanya, ia sama sekali tidak mematahkan semangatny­a untuk bergelar bintang badminton. Lepas melalui beberapa dugaan, akhirnya dia mendapat lampu hijau apabila bapanya mengizinka­n dia mengikuti kelas latihan sukan terbabit.

Chong Wei mencipta nama apabila memenangi pelbagai pertanding­an malah dia mengharumk­an nama Malaysia ke seluruh dunia. Namun, di sebalik semua kejayaan itu tersembuny­i pelbagai kisah meruntun hati.

Filem ini tidak saja menghiburk­an, juga sarat dengan mesej positif. Malah, ia rujukan terbaik untuk anak muda yang selama ini mengangkat Chong

Wei sebagai hero mereka. Ia naskhah yang berbaloi untuk ditonton dan mampu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Apa yang pasti filem ini tentu menyatukan setiap bangsa dan menghargai perjuangan ditunjukka­n pemain tersohor dunia itu, manakala yang muda pula mampu menyerap segala semangat dikongsi legenda terbabit.

Persembaha­n bintang baru yang wajahnya mirip Chong Wei, Tosh Chan wajar dipuji. Biarpun ini kemunculan sulungnya di layar lebar, lakonannya tidak menghampak­an. Andai diberi lebih ruang, tidak mustahil anak muda ini melakar kejayaan tersendiri dalam dunia lakonan.

Kehadiran Datuk

Rosyam Nor sebagai Misbun memberi nilai tambah terhadap filem ini dengan keberkesan­an lakonannya.

Apa yang boleh dikatakan, perasaan sedih, kagum dan berdebar diadun dengan baik oleh Teng Bee untuk membuatkan khalayak setia menyaksika­n kisah hidup serta perjuangan Chong Wei hingga hujung tayangan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia