Harian Metro

Cukup comel pikat kanak-kanak

-

FILEM: ARAHAN: PELAKON:

Jujurnya, filem seperti ini sememangny­a bergantung pada kecomelan karakter bagi menarik kanakkanak menontonny­a.

Malah penceritaa­n Peter dan haiwan lain melalui satu era yang bersesuaia­n dengan masa dan arah tuju filem ini, berbanding cerita asalnya yang ditulis lebih separuh abad lalu.

Pada aspek komedi, skripnya menarik dalam pelbagai peringkat. Selain jenaka ‘slapstick’, beberapa dialog berulang tetapi dalam cara yang ringkas dan menarik pasti disukai kanak-kanak.

Biarpun dihasilkan daripada buku cerita kanak-kanak, penulis lakon layar dan pengarah tetap bijak menjadikan penceritaa­nnya menghiburk­an penonton dewasa juga.

Pemilihan lagu runut juga banyak membantu filem ini seronok ditonton, terutama senarai lagu era 1990-an yang disuntik dengan beberapa parodi serta tarian remix, sekali gus mengembali­kan nostalgia penonton dewasa.

Namun begitu, filem ini dilihat kurang memberi ruang emosi kepada watak terutama pada Peter Rabbit yang mempunyai latar belakang sedih tersendiri. Andai ruang emosi itu diberi sedikit masa lagi, ia pasti meninggalk­an kesan lebih mendalam pada watak itu dan adik-beradiknya yang lain.

Seperkara lagi, kurangnya ruang di layar diberikan kepada watak dipegang Rose Byrne sebagai Bea. Watak ini, biarpun sekadar sokongan pada penceritaa­n, mempunyai tarikan tersendiri terutama pada sifatnya yang cemerkap tapi positif dan ceria.

Sepertiman­a watak haiwan CGI lain sebagai watak pembantu, karakter Bea juga sekadar muncul untuk detik yang perlu saja.

Bea ialah watak yang sangat penting kerana merapatkan hubungan antara karakter haiwan dan manusia. Mungkin jika diberi sedikit lagi usaha untuk kembangkan watak Bea, klimaks filem pasti lebih menarik.

Apa sekalipun, sisi itu mungkin tidak penting jika fokus utama filem adalah untuk menghiburk­an penonton kanak-kanak yang menjadi pembaca setia buku siri cerita Peter Rabbit.

 ??  ?? CARTA FILEM
Malaysia
1. Tomb Raider
2. KL Special Force 3. Black Panther
4. A Wrinkle In Time 5. Konsert Hora Horey
Didi And Friends 6. Winchester
7. Think Big Big 8. Death Wish 9. Operation Red Sea 10. Game Night
AS
1. Black Panther
2. A...
CARTA FILEM Malaysia 1. Tomb Raider 2. KL Special Force 3. Black Panther 4. A Wrinkle In Time 5. Konsert Hora Horey Didi And Friends 6. Winchester 7. Think Big Big 8. Death Wish 9. Operation Red Sea 10. Game Night AS 1. Black Panther 2. A...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia