Harian Metro

Mulakan langkah ke depan

-

Lepasan SPM diharap pilih jurusan terbaik serta ada peluang kerja luas

Assalamual­aikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Metro Ahad yang dikasihi. Diharapkan hari minggu ini membawa 1,001 keberkatan buat kalian semua.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Khamis lalu menunjukka­n peningkata­n peratusan lulus yang tinggi.

Adik mengambil kesempatan mengucapka­n sekalung tahniah kepada semua calon yang sudah tahu keputusan masingmasi­ng.

Walau apa pun keputusan yang diperoleh, SPM sudah pun berlalu dan sekarang ini adalah masa memulakan langkah ke masa depan yang lebih bermakna.

Masih ingat lagi semasa Adik menduduki peperiksaa­n SPM pada

2009. Ketika itu SPM adalah penentu segala-galanya.

Ibu Adik pernah berkata kalau tidak lulus periksa Adik kena kahwin dengan pilihan dia. Sudah tentu kata-kata itu menakutkan Adik yang bercita-cita melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Alhamdulil­lah Adik bersyukur apabila meraih keputusan 4A dalam subjek Pendidikan Islam, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah sekali gus berpeluang melanjutka­n pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Kepada calon yang berpotensi melanjutka­n pelajaran ke menara gading, Adik berharap pilih jurusan terbaik dan mempunyai peluang kerja yang luas.

Bukan apa, persaingan kini semakin sengit dengan ramai pelajar pintar. Ramai menganggur selepas tamat pengajian kerana tiada peluang pekerjaan. Diharap lepasan SPM memilih bidang yang menjamin masa depan.

Selain itu, bagi yang berminat dengan kemahiran, banyak peluang untuk mengikuti pelbagai program di bawah agensi kerajaan dan swasta.

Bukan setakat peluang pelajaran dan latihan malah pelbagai bantuan kewangan disediakan untuk menyambung pengajian di mana-mana institusi pendidikan dan kemahiran.

Bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga badan berkanun, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanap­un sekiranya ada dalam kalangan peminat Adik meminati bidang nyanyian atau lakonan, jangan sesekali abaikan pelajaran kerana ia penentu nasib kalian kelak.

Biarlah ada bekalan yang boleh dibawa sekiranya percubaan dalam industri seni tidak menjadi.

Di sini, Adik juga nak berpesan kepada pelajar yang gagal dalam SPM supaya jangan sesekali berputus asa dan mudah kecewa.

Ingatlah bahawa kegagalan bukan pengakhira­n kepada semua perkara kerana masih ada banyak peluang untuk mencapai kejayaan. Apa yang penting kena usaha.

Harus diingat kehidupan anda baru bermula, ada banyak peluang tersedia untuk semua asalkan ada niat untuk terus maju dan kemahuan untuk mengubah nasib menjadi lebih baik. #BukanPenen­tu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia