Harian Metro

Gaya comel jadi pilihan

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.om.my

Bagaimana hendak tampil bergaya tetapi tidak dilihat keterlalua­n namun pada waktu sama mampu menarik perhatian umum?

Dalam situasi sedemikian, kebanyakan selebriti popular memilih busana ringkas seperti menggayaka­n gaun mini kerana membuatkan si pemakai nampak cantik dan tidak berlebih-lebih.

Kuasa gaun mini ini juga mampu mengubah penampilan selebriti yang ada ketikanya bosan menggayaka­n gaun labuh setiap kali menghadiri acara karpet merah.

Walaupun gaun mini dilihat ringkas namun pada sudut perincian dan fabrik digunakan tampak mewah dan mencuri tumpuan.

Paris Hilton memilih warna merah cili dengan corak sulam bunga besar dan geometrik membuatkan dia nampak lain daripada kebiasaan.

Begitupun, Paris yang dikenali sebagai selebriti fesyen memilih tidak berlebihan dengan perhiasan malah rambut dibiarkan lepas agar tampak manja.

Pelakon, Chloe Bridges memilih gaun mini potongan tirus rona metalik sekali gus membuatkan dia kelihatan tinggi lampai. Kasut tumit tinggi terbuka dan tas tangan berbulu melengkapk­an penampilan­nya.

Pelakon drama This Is Us, Eris Baker memilih gaya sesuai usia apabila menyarungk­an gaun mini berjalur lintang. Nampak ranggi apabila dia melengkapk­an gayanya dengan jaket denim berhias jemeki penuh.

Jojo Siwa juga memilih gaya yang tidak banyak beza dengan Eris, namun memadankan skrit mini dengan kemeja dan jaket kulit warna metalik.

Penyanyi Wani Kayrie memilih gaun mini kain tingkat. Gaun itu mungkin nampak lebih cantik jika bahagian atas tidak disaratkan dengan ropol.

Hiasan di kepala turut menjadi tarikan kepada penampilan penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Jangan ini.

 ??  ?? PARIS Hilton
PARIS Hilton
 ??  ?? ERIS Baker
ERIS Baker
 ??  ?? CHLOE Bridges
CHLOE Bridges
 ??  ?? WANI Kayrie
WANI Kayrie
 ??  ?? JOJO Siwa
JOJO Siwa
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia