Harian Metro

Perjuangan ibu tuntut anak diculik mentua

-

Kisah perjuangan seorang ibu muda mencari dan menuntut anaknya yang diculik mentua sejak dilahirkan selepas kematian suami dan dipersalah­kan kerana kahwin lari.

Selepas tujuh tahun, Anida berjaya menemui anaknya dan terpaksa melakukan pelbagai perkara untuk mendekati darah dagingnya itu sehingga dtahan pihak berkuasa.

Perkara ini ada berlaku dalam masyarakat kita. Hanya empunya diri yang pernah berhadapan dengan pengalaman ini merasai keperitan itu.

Menampilka­n watak utama gandingan Nad Zainal dan Puteri Balqis, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama konflik kekeluarga­an berjudul Jangan Ambil

Anak Aku mengisi slot Panggung Seri di TV1 pada 24 Mac, jam 9 malam. Drama ini turut dibintangi Jasmin Hamid, Azrel Ismail, Ellie Suriaty dan Taufiq Izmir.

Kisahnya berkembang dengan plot kerana tidak direstui, Anida dan Ariff berkahwin di Thailand. Selepas Anida hamil, Arif meminta maaf daripada ibunya, Zariffa.

Zariffa mengarahka­n

Arif menceraika­n Anida dan berkahwin dengan Salina. Arif menolak permintaan itu dan terbabit dalam kemalangan. Kematian

Ariff membuatkan Zariffa semakin membenci Anida.

Berbulan Anida murung ditambah lagi tekanan daripada abangnya, Sameon yang menyalahka­nnya kerana menyebabka­n ibu mereka, Normah sakit.

Kelahiran Airis Rania menjadi penawar, namun Anida hampir gila apabila bayi yang baru seminggu dilahirkan diculik. Tujuh tahun Anida hidup dalam penyesalan dan kekecewaan. Bagaimanap­un, dia tetap menjaga ibunya yang sakit.

Anida nekad mencari Airis Rania apabila Sameon berpindah semula ke rumah ibunya selepas bercerai.

Anida mengamuk apabila dapat tahu Sameon sebenarnya dalang penculikan anaknya. Lebih mengejutka­n Anida apabila penculikan itu dirancang mentuanya. Dia nekad ke rumah mentuanya untuk menuntut Airis Rania.

Ikuti apa nasib Anida dan Airis Rania di TV1 pada 24 Mac ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia