Harian Metro

Bapa bukan idola

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Aktor Bollywood,

Tiger Shroff atau nama sebenarnya Jai Hermant Shroff, bakal muncul dengan filem sekuel Baaghi 2. Tidak banyak filem dilakonkan jejaka ini tetapi dia bertuah namanya tetap mekar di hati peminat.

Cubaan pertama dalam filem Heropanti berjaya meledakkan namanya. Bagaimanap­un, Tiger mengakui dia rasa tertekan kerana umum memberikan harapan tinggi pada setiap persembaha­n seterusnya.

Tambahan pula, status anak kepada pasangan popular Jackie dan Ayesha Shroff membuatkan peminat mengandaik­an dia mewarisi bakat orang tuanya.

“Tidak dinafikan, bergelar anak kepada pasangan pelakon dan penggiat filem besar tekanannya. Pelbagai pihak mengharapk­an saya sehebat ibu bapa saya.

“Harapan tinggi itulah yang menjadi ketakutan saya ketika menantikan reaksi penonton terhadap filem Heropanti. Semua ahli keluarga khuatir dengan penerimaan orang ramai.

“Mujur penonton beri maklum balas positif serta dapat menerima baik kehadiran saya dalam industri. Ibu bapa saya menarik nafas lega dengan reaksi itu,” katanya.

Kata Tiger lagi, bapanya tidak meluahkan apaapa kebimbanga­n tetapi dia sedar, Jackie tertekan menantikan filem itu ditayangka­n di pawagam.

Melihat situasi itu, Tiger sedar tidak mudah untuk memperkemb­angkan bakat kerana bapanya masih aktif beraksi di layar perak. Disebabkan itulah dia mula mencipta identiti baru agar boleh berdiri atas namanya sendiri.

“Memang akan ada sahaja yang membanding­kan lakonan saya dengan ayah tetapi saya gembira peminat dapat menerima diri ini seadanya.

“Saya tidak mahu orang di lokasi penggambar­an berkata, saya dapat watak hero kerana ayah. Saya mahu dikenali kerana bakat,” katanya.

Ingin mencari ruang tersendiri, Tiger berharap suatu hari nanti dia mengikut jejak Hrithik Roshan yang menjadi fenomena ketika aktor senior itu muncul dengan filem Kaho Naa Pyaar Hai.

Hrithik adalah idolanya. Dia akan mengikuti semua nasihat yang diberikan aktor berkenaan dan berharap dapat mengikut jejak langkahnya.

Banyak melakonkan sendiri babak aksi, Tiger berkata, bapanya gusar setiap kali dia menerima tawaran filem aksi. Dia sudah banyak menjayakan filem aksi dan selalu mengalami kecederaan. Dek kerana itu dia risau apabila saya terbabit dalam filem aksi.

“Mujurlah dia tiada di lokasi penggambar­an. Kalau dia ada, pasti banyak perkara dia akan tegur,” kata Tiger sambil ketawa.

Tiger tekad cipta identiti sendiri untuk elak popular

kerana orang tua

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia