Harian Metro

Kriterium trek licin

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Keadaan trek yang basah akibat hujan lebat sebelum perlumbaan bukan penghalang bagi 82 peserta Kategori Basikal Lumba Lelaki Terbuka dalam Kejohanan Kriterium

Shah Alam 2018 untuk mempamerka­n aksi terbaik, baru-baru ini.

Rata-rata peserta dilihat tidak mempunyai masalah untuk mencabar keupayaan diri dalam perlumbaan di sekitar Tasik Shah Alam bermula jam 5 petang anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang memerlukan peserta berlumba sejauh 26.4 kilometer.

Meskipun trek licin, ia tidak mendatangk­an banyak masalah kepada pelumba pasukan Team Sapura Cycling, Mohd Izzat Hilmi Abdul Halil, untuk muncul juara kategori berkenaan sekali gus membawa pulang hadiah wang RM600.

Menurut Mohd Izzat, perlumbaan boleh dikatakan mencabar kerana selain berlangsun­g dalam hujan lebat, trek digunakan adalah jalan raya untuk kenderaan bermotor yang banyak selekoh dan bonggol.

“Saya memberikan lebih tumpuan ketika berdepan selekoh kerana bimbang keselamata­n diri. Namun, saya tidak memperlaha­nkan kayuhan kerana pelumba di tempat kedua dan ketiga mengekori saya dengan rapat.

“Alhamdulil­lah berkat kesabaran dan usaha bersungguh-sungguh akhirnya saya berjaya mendapat tempat pertama dalam perlumbaan kali ini,” katanya.

Sementara itu, pelumba pasukan TSG Terengganu, Che Ku Mohammad Nazmie Che Ku Romli, berpuas hati berada di tempat kedua selepas tertekan berikutan jurang masa penangguha­n perlumbaan yang lama kerana hujan.

Bagaimanap­un, beliau berharap dapat menunjukka­n prestasi lebih baik dalam kejohanan edisi tahun depan.

Kejohanan juga mempertand­ingkan kategori basikal lumba dan kanak-kanak. Bagi kategori basikal bukit dan basikal lumba peringkat yang dipertandi­ngkan adalah lelaki bawah 15 dan 18 tahun, lelaki junior master

 ??  ?? TREK licin tidak halang peserta pamer aksi terbaik.
TREK licin tidak halang peserta pamer aksi terbaik.
 ??  ?? AKSI pelumba PDRM sebelum perlumbaan bermula.
AKSI pelumba PDRM sebelum perlumbaan bermula.
 ??  ?? MOHD Izzat menerima hadiah daripada Shukri.
MOHD Izzat menerima hadiah daripada Shukri.
 ??  ?? SERAMAI 82 peserta berentap rebut juara kategori terbuka lelaki.
SERAMAI 82 peserta berentap rebut juara kategori terbuka lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia