Harian Metro

Mentaliti rakyat berilmu

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Dania kagum hubungan rapat

antara ahli keluarga serta rakan-rakan orang Malaysia

Kemeriahan keluarga dan jiran tetangga berkumpul bagi menjayakan sesuatu majlis memberikan pengalaman baru kepada Dania Barakat, 23, dari Syria yang datang ke negara ini kira-kira setahun lalu.

Katanya, amalan itu memberikan suntikan baru mengenai konsep bekerjasam­a dalam masyarakat terutama di kawasan bandar.

Malah, dia juga tertarik dengan konsep gotong-royong yang dapat mewujudkan kata sepakat antara tuan rumah dan tetamu.

1. Kali pertama menjejakka­n kaki di Malaysia dan tujuannya?

Saya tiba kali pertama pada Disember 2016 kerana mengikut suami yang bekerja di negara ini selepas kami berkahwin.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum datang ke sini?

Saya banyak tahu mengenai negara ini menerusi media Arab, selain maklumat diberikan suami berdasarka­n pengalaman­nya.

Pada sudut pandangan kami di Syria, Malaysia adalah negara Islam yang jauh dari Timur Tengah.

Namun, saya mempunyai gambaran Malaysia sebagai negara tropika yang aman damai dan banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang menetap di Malaysia?

Peringkat awal, saya sukar menyesuaik­an diri dengan cuaca panas kerana sudah biasa berada di negara beriklim empat musim.

Malah, saya dapati makanan tempatan juga terlalu pedas.

Saya turut berdepan perbezaan masa selama enam jam antara Malaysia dan Syria menyebabka­n saya perlu menunggu sehingga malam untuk berkomunik­asi dengan keluarga dan rakan di kampung halaman.

4. Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Saya tertarik dengan cara rakyat Malaysia berinterak­si terutama dalam kalangan ahli keluarga yang dilihat sangat rapat antara satu sama lain. Pengalaman saya menghadiri kenduri akikah rakan, saya lihat ikatan ukhuwah antara ahli keluarga dan saudara-mara rakan berkenaan.

Semua tetamu tidak putus-putus mengucapka­n tahniah dengan kehadiran anggota keluarga yang baru, malah turut memberikan hadiah kepada bayi.

Saya juga pernah bantu menjayakan jamuan rumah terbuka Aidilfitri di rumah rakan sekerja. Suasananya sungguh meriah dan saya dapat rasakan hubungan yang kuat dalam diri setiap orang.

5. Destinasi kegemaran anda?

Disebabkan tidak tahan cuaca panas, saya gemar mengunjung­i pusat peranginan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Selain mengunjung­i kebun teh dan strawberi, saya dapat rehat dalam suasana santai dan damai jauh daripada kebisingan kota.

6. Sajian tempatan pilihan anda?

Semua masakan berasaskan mi kerana ia hidangan yang ringkas tetapi lazat.

7. Malaysia pada mata anda?

Sebagai negara selamat dan aman, Malaysia mewakili wajah Islam yang mengagumka­n, di samping budaya Melayu yang merendah diri. Saya juga mengagumi kemajuan teknologi dan aplikasi kemodenan di Malaysia. Ia menunjukka­n mentaliti rakyat dan kerajaan yang berilmu.

 ??  ?? DANIA gemar mengunjung­i destinasi percutian tanah tinggi kerana tidak tahan cuaca panas.
DANIA gemar mengunjung­i destinasi percutian tanah tinggi kerana tidak tahan cuaca panas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia