Harian Metro

Menu pilihan ‘set tower’

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Bistro Cafe 137 di Ampang Jaya bukanlah restoran keluarga yang tipikal apabila tampil berani dengan pilihan ‘set tower’ dalam seleksi menu sebagai tarikan istimewa buat pengunjung yang datang bersama keluarga mahupun kenalan.

Mana tidaknya dalam set berkenaan, pengunjung akan dihidangka­n satu bekas air bersaiz tiga liter berbentuk silinder dipanggil ‘tower’ menerusi empat pilihan set menu antaranya makanan Barat, Thai dan burger.

Tidak lupa sajian pembuka selera buat mereka yang mahukan santapan lebih ringan untuk empat orang dewasa.

Lebih mengujakan, latar belakang pemandanga­n hijau buat pelanggan yang memilih ruang jamu terbuka.

Sementara itu ruang dalam pula memberi kesempatan pengunjung menyaksika­n persembaha­n artis undangan pada waktu tertentu.

Menurut pemiliknya Normaliza Zainuddin, restoran itu diusahakan bersama suami, Manjit Shah mula beroperasi April tahun lalu menampilka­n pelbagai variasi makanan kegemaran rakyat tempatan seperti Thailand, Barat dan tradisi antaranya laksa nyonya serta asam pedas pari.

“Di sini kami membawakan konsep restoran keluarga yang santai dan mempunyai pilihan lebih 50 menu termasuk air.

“Selain menu biasa, kami tampilkan kelainan menerusi ‘set tower’ .

“Ketika ini set itu menjadi kegemaran pelanggan yang datang dalam kumpulan.

Pelanggan dihidangka­n satu bekas air

bersaiz tiga liter berbentuk silinder dengan empat pilihan

set menu

 ??  ?? AIR disajikan dalam ‘tower’.
AIR disajikan dalam ‘tower’.
 ??  ?? MANJIT dan Normaliza bersama jurumasak restoran.
MANJIT dan Normaliza bersama jurumasak restoran.
 ??  ?? ‘BIG Cup’ untuk mereka menyukai minuman ais kisar.
‘BIG Cup’ untuk mereka menyukai minuman ais kisar.
 ??  ?? ASAM pedas antara menu kegemaran pengunjung.
ASAM pedas antara menu kegemaran pengunjung.
 ??  ?? HIDANGAN stik besar.
HIDANGAN stik besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia