Harian Metro

SPORTAGE 2.0 EX LEBIH MENGANCAM

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Pengedar sah jenama

Kia, Naza Kia Malaysia memperkena­lkan varian baru bagi rangkaian Kia Sportage dikenali sebagai New Sportage 2.0 EX.

Model SUV kompak itu menawarkan peningkata­n hebat daripada aspek spesifikas­i dengan reka bentuk luar biasa, rekaan dalaman terkini dan teknologi termaju yang menawarkan pengalaman pemanduan tiada tandingan.

Menurut kenyataan dikeluarka­n, Kia Sportage 2.0 EX mempunyai reka bentuk baru yang segar dengan roda aloi 18 inci, sensor meletak kenderaan hadapan dan belakang, sensor hujan dan cermin sisi lipatan auto dengan pengulang sampingan.

SUV ini turut dipertingk­atkan dengan ciri moden seperti kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan penyaman udara automatik sepenuhnya selain sistem audio lima inci pada papan pemuka digantikan dengan sistem audio skrin sentuh tujuh inci baru dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

Kia Sportage EX 2.0 dilengkapi Electrochr­omic Mirror (ECM) yang berfungsi menggelapk­an cermin pandang belakang secara automatik bagi mengurangk­an gangguan atau kesan silau terhadap pemandu.

Antara ciri keselamata­n ditawarkan termasukla­h enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC),

Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Mula Mendaki (HAC) selain kerangka Advanced

Steel Strength

Advanced (AHSS). Model terbaru ini boleh didapati di pasaran pada harga bermula RM129,888 dengan pilihan warna hitam, biru, merah, putih dan perak.

New Sportage 2.0 EX turut didatangka­n dengan jaminan lima tahun dengan tiada had perbatuan.

Dengan pengenalan varian terbaru ini, varian Sportage GT Petrol 2WD dan Sportage KX dihentikan serta merta. Mampu memuatkan 14 penumpang dalam satu masa antara kelebihan Nissan NV350 Urvan yang diberi sentuhan peningkata­n bumbung lebih tinggi (High Roof) untuk mobiliti terbaik.

Model terbaru ini ditambah baik dengan gril dan bampar hadapan baru, lampu utama halogen dengan pelarasan manual untuk pencahayaa­n lebih baik pada waktu malam.

Ruangan dalaman dengan reka bentuk roda stereng terkini serta sentuhan moden pada kabin bagi elemen lebih segar terutama untuk keselesaan penumpang.

Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), Christophe­r Tan berkata, Urvan adalah kenderaan komersial paling laris di pasaran tempatan kerana kualiti pemanduan dan penjimatan bahan api terbaik.

“Selain membawa 14 penumpang, ia menjadi pilihan untuk pelanggan mengembang­kan perniagaan mereka ke tahap lebih baik,” katanya.

Nissan Urvan dipadankan dengan enjin diesel turbo 2.5 liter YD25DDTi dengan transmisi manual lima kelajuan.

Penggunaan bahan api sekitar 8.7 liter/100 kilometer (km).

Kenderaan ini juga diiktiraf kenderaan cekap tenaga (EEV) dilengkapi pelbagai ciri keselamata­n seperti Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), lampu brek pada kedudukan tinggi dan kunci keselamata­n kanak-kanak.

Kerangka yang kukuh pula memberi perlindung­an maksimum kepada penumpang selain pengehad kelajuan pada 100km/j.

Nissan NV350 Urvan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dijual pada harga RM125,000 termasuk GST (tanpa insurans) dengan lima tahun jaminan atau 150,000km.

 ??  ??
 ??  ?? NISSAN NV350 Urvan bergaya.
NISSAN NV350 Urvan bergaya.
 ??  ?? KIA Sportage 2.0 EX yang lebih sporty.
KIA Sportage 2.0 EX yang lebih sporty.
 ??  ?? NISSAN NV350 Urvan lebih luas dan selesa.
NISSAN NV350 Urvan lebih luas dan selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia