Harian Metro

50 MOTOr UNTUK dimenangi

-

Pengunjung yang menghadiri Minggu Permotoran Malaysia atau Malaysia Bike Week (MBW) 2018 yang bakal berlangsun­g di MAEPS, Selangor, bermula 23 Mac ini, berpeluang memenangi 50 motosikal selain hadiah sampingan lain seperti topi keledar dan jam tangan.

Presiden Persekutua­n Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pertambaha­n hadiah cabutan bertuah itu mampu menarik lebih ramai pengunjung dan peserta untuk menghadiri program berkenaan.

“Pada awalnya hanya 30 motosikal model Yamaha Y15ZR ditawarkan dan angka ini meningkat kepada 40 unit selepas Benelli bersetuju menyerahka­n 10 unit motosikal model RFS150i.

“Tetapi saya difahamkan, ada 10 lagi motosikal daripada jenama tempatan yang bersetuju menawarkan jentera mereka untuk cabutan bertuah, menjadikan jumlah keseluruha­n 50 motosikal,” katanya ketika dihubungi.

Ab Rauf berkata, selain motosikal, pengunjung juga berpeluang memenangi 10 topi keledar pelbagai jenama dan 10 jam tangan Casio G-Shock.

“Nilai keseluruha­n hadiah meningkat kepada lebih RM500,000 manakala satu hadiah utama masih kekal misteri.

“Cabutan akan dilakukan setiap hari bermula 23 hingga 25 Mac, namun cabutan terbanyak bermula jam

12.30 tengah hari pada 24 Mac sejurus ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Timbalan Perdana

Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Menurut Ab Rauf, penyertaan setakat ini sangat menggalakk­an dan dijangka sasaran menarik sebahagian besar penunggang motosikal tempatan tercapai.

 ??  ?? JENTERA lumba untuk kegunaan di jalan raya.
JENTERA lumba untuk kegunaan di jalan raya.
 ??  ?? AB Rauf Yusoh (tujuh dari kiri) bergambar bersama motosikal untuk cabutan bertuah MBW di MAEPS, Serdang.
AB Rauf Yusoh (tujuh dari kiri) bergambar bersama motosikal untuk cabutan bertuah MBW di MAEPS, Serdang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia