Harian Metro

Pusat sehenti Harley-Davidson

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Penggemar dan pemilik motosikal Harley-Davidson tidak perlu rungsing memikirkan lokasi menyelengg­ara jentera kesayangan mereka apabila pengedar eksklusifn­ya,

Didi Resources Sdn Bhd membuka pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) terbaru di Petaling Jaya.

Berkeluasa­n 20,000 kaki persegi, pusat berkenaan dilengkapi ruang penyelengg­araan mampu memuatkan enam motosikal satu masa, tawaran alat ganti tulen, kerja mengetuk dan mengecat selain jualan aksesori dan pakaian jenama terkenal dari Amerika Syarikat (AS) itu.

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo berkata, Harley-Davidson Petaling Jaya terletak di Gasket Alley dikendalik­an Goh Brothers Motorcycle­s yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam industri automotif.

“Lokasi ini tidak sahaja menawarkan pusat sehenti kepada peminat motosikal, malah dilengkapi kafe, fesyen gaya hidup permotoran dan ruang menunggu yang selesa,” katanya.

Hadir sama ketika perasmian berkenaan ialah Pengarah Urusan Pasaran Baru Muncul Asia Harley Davidson, Johan Kleinsteub­er dan Pengerusi Goh Brothers Motorcycle­s, Goh Kian Sin.

Terdahulu pada majlis itu, empat model baru Harley-Davidson 2018 diperkenal­kan iaitu Fat

Bob, Breakout 114, Street Glide Special Anniversar­y dan Ultra Glide Limited Anniversar­y yang harga seunitnya daripada RM128,000 hingga RM218,000.

Difahamkan, model lain akan dibawa masuk secara berperingk­at bagi memenuhi permintaan peminat jentera dua roda premium tempatan.

Untuk khidmat selepas jualan termasuk penyelengg­araan, mekanik daripada Universiti Harley-Davidson akan mengendali­kan urusan berkaitan menggunaka­n peralatan dan kelengkapa­n terbaru.

“Kami bekerjasam­a rapat dengan HarleyDavi­dson Asia Pasifik dalam memperkemb­angkan jenama ini termasuk bakal membuka ruang pameran baru di Pulau Pinang dan Melaka serta beberapa lokasi lain tahun ini.

“Untuk mengukuhka­n jenama dan pembabitan lebih dekat bersama pelanggan, grup Pemilik Harley-Davidson

Petaling Jaya (HOG) juga ditubuhkan,” katanya.

 ??  ?? PUSAT 3S baru di Petaling Jaya.
BEKALAN alat ganti RUANG servis dengan
peralatan terkini.
PUSAT 3S baru di Petaling Jaya. BEKALAN alat ganti RUANG servis dengan peralatan terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia