Harian Metro

KESAN KARAT

-

Kereta saya baru setahun dibeli tetapi terdapat kesan karat pada bonet hadapan. Masalahnya tuntutan saya ditolak pengeluar kereta kerana mendakwa kesan itu disebabkan calar daripada lantunan batu kecil, bukan masalah kualiti kereta. Adakah ini benar?

Saya juga inginkan kepastian adakah benar digalakkan membiarkan enjin hidup selama seminit sebelum meneruskan perjalanan dan membiarkan melahu selama satu minit selepas selesai perjalanan sebelum mematikan enjin?

Azlee Rahim, Seremban, Negeri Sembilan

Kesan calar daripada batu mungkin menghasilk­an karat jika kesannya cukup dalam dan adalah tidak adil menyalahka­n pembuat kereta bagi perkara di luar kawalan mereka. Bawa kereta anda untuk digosok pada bahagian berkarat sebelum dicat semula.

Memang menjadi amalan baik untuk memanaskan enjin sebelum perjalanan bagi memastikan semua sistem enjin berjalan lancar. Mungkin bukan seminit, tetapi memadai jika tolok tekanan pelincir telah menunjukka­n aras normal dan enjin sudah suam kepada suhu operasi yang sesuai dan tidak lagi sejuk.

Bagaimanap­un, proses mematikan enjin tidak memerlukan penantian kerana operasi enjin sewaktu perjalanan menghasilk­an keadaan dan tekanan minyak pelincir yang biasa dan tidak akan memberi kesan sekiranya enjin terus dimatikan.

Cuma, kereta yang dilengkapi pengecaj turbo perlu melalui proses penyejukan unit turbonya. Kereta seperti ini dilengkapi pemasa yang akan mematikan enjin secara automatik selepas suis ditutup iaitu kira kira seminit atau lebih.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia