Harian Metro

MENUNGGANG SAMBIL BERAMAL

-

Pada 25 Februari lalu, seramai 50 ahli kelab motosikal RedTeamYam­ahaY15ZR mengadakan aktiviti konvoi sambil beramal ke pusat kebajikan anak yatim di Asrama Kebajikan Anak Yatim Sekendi, Batu 36, Sabak Bernam, Selangor.

Selain model Y15ZR, peserta turut menunggang 135LC dan Y125Z mengejutka­n penghuni rumah kebajikan terbabit.

Menurut Presidenny­a, Mohd Norizihar Ahmad Tajuddin, pihaknya mengadakan sesi taklimat bersama pengetua sebelum menyerahka­n sumbangan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan wang tunai.

“Selain itu, kami mengadakan aktiviti khas dengan membawa 30 penghuni pusat kebajikan ini menaiki motosikal di sekitar kawasan berkenaan.

“Program ini adalah antara acara bulanan kelab bertujuan menyampaik­an bantuan kepada pihak memerlukan,” katanya.

Katanya, program berkenaan secara tidak langsung dapat meringanka­n beban penghuni asrama berkenaan.

Sementara itu,

Pengetua Asrama Kebajikan Anak Yatim Sekendi, Sholehuddi­n Kayat berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan pihak luar.

“Dengan adanya program sebegini, diharap dapat membuka mata pihak luar terutama kelab motosikal tempatan supaya mencontohi program dilakukan RedTeamYam­ahaY15ZR.

“Ini dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai penunggang motosikal yang sering terbabit dalam aktiviti tidak berfaedah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENGHUNI
Asrama Kebajikan Anak
Yatim Sekendi dibawa bersiarsia­r menaiki
motosikal.
PENGHUNI Asrama Kebajikan Anak Yatim Sekendi dibawa bersiarsia­r menaiki motosikal.
 ??  ?? PENGHUNI Asrama Kebajikan Anak Yatim
Sekendi bergambar bersama Sholehuddi­n.
PENGHUNI Asrama Kebajikan Anak Yatim Sekendi bergambar bersama Sholehuddi­n.
 ??  ?? MOHD Norizihar (kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Sholehuddi­n.
MOHD Norizihar (kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Sholehuddi­n.
 ??  ?? ANTARA barang disumbangk­an kelab RedTeamYam­ahaY15ZR.
ANTARA barang disumbangk­an kelab RedTeamYam­ahaY15ZR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia