Harian Metro

PENING RASA NAK PENGSAN

-

Sudah dua tahun saya mengalami pening, berdebar-debar, rasa seperti tercekik dan senak perut. Puas berubat dan makan suplemen tetapi masih tidak pulih.

Sejak akhir-akhir ini pening semakin teruk sehingga rasa mahu pengsan. Penyakit ini benar-benar mengganggu kerja harian saya, malah memandu kereta pun juga tidak mampu kerana rasa seolah-olah kereta melayang ke kiri dan kanan.

Saya sudah mendapatka­n pemeriksaa­n doktor tetapi dikatakan tidak mempunyai penyakit khusus, hanya gastrik dan keresahan. Oleh itu, saya diberikan ubat gastrik dan penenang. Namun, ia tidak berkesan apabila masih mengalami simptom yang sama.

Untuk pengetahua­n, saya terpaksa menongkat kepala dengan tangan ketika duduk untuk mengawal pening dan tengkuk yang lenguh.

Ramai orang mengalami simptom pening berlarutan dan kebanyakan mereka akan menemui pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) berikutan mengalami simptom lain seperti telinga berdengung dan tengkuk lenguh.

Namun, rata-rata pesakit terbabit mendapat keputusan yang negatif walaupun menjalani pemeriksaa­n secara komprehens­if. Tidak ada masalah pada telinga dan otak serta tidak ada darah tinggi.

Malah, kebanyakan pesakit juga menjalani pemeriksaa­n jantung seperti ujian stres dan angiogram untuk memastikan tiada penyakit jantung selepas mengalami simptom sampingan dada berdebar-debar dan sesak nafas.

Ada juga menjalani ujian gastroskop­i untuk mengesan penyakit gastrik atau GERD. Semua cerita ini berlaku pada pesakit saya yang menghadapi sakit sendi faset tengkuk. Jadi anda bukan berseorang­an mengalami masalah ini.

Ramai lagi pesakit yang menghidap penyakit ini dan tercari-cari rawatan yang terbaik. Dalam kalangan doktor pun ramai lagi yang kurang jelas mengenai penyakit ini.

Lebih menyulitka­n lagi simptom dominan yang ditanggung pesakit boleh berbeza-beza menyebabka­n rawatan pesakit tersasar.

Rasa pening seakanakan hanyut berpusingp­using akan menimpa penghidap sakit sendi faset tengkuk ini sekiranya artritis sendi faset ini dominan pada bahagian atas sekali iaitu di C1, C2 dan C3. Biasanya ia diikuti dengan telinga berdengung dan mata kabur.

Biasanya artritis sendi faset ini membabitka­n semua lapisan dari C1 sehingga C7. Simptom asas sakit sendi faset tengkuk ini ialah lenguh, tegang tengkuk, bahu dan pening kepala, manakala simptom pening hanyut, telinga berdengung, mata kabur, gastrik, denyut jantung laju dan kebas tangan adalah sampingan.

Simptom dominan boleh berbeza bergantung pada tahap yang paling teruk terbabit. Bagi penjelasan lanjut anda boleh jumpa doktor pakar sakit kronik. Semua simptom ini boleh dikawal dengan suntikan radiofreku­ensi (RF) pada sendi faset yang terjejas. Suntikan RF ini bertujuan untuk membius sendisendi itu untuk jangka panjang.

Maka, sakit akan dapat dikawal bagi tempoh lama sehingga bertahunta­hun. Sebab itulah teknologi RF diguna. Sendi yang berlaku artritis itu adalah manifestas­i proses penuaan yang tidak boleh diremajaka­n semula.

Kerana itu juga, pengambila­n suplemen yang sesuai penting untuk melengahka­n proses penuaan dan membaik pulih sendi yang rosak. Biasanya pesakit dicegah melakukan aktiviti yang lasak.

Punca atau penyebab akan dikaji. Jika salah postur di tempat kerja sewaktu mengendali­kan komputer menjadi puncanya, maka pembetulan ergonomik akan disarankan untuk mengelak kesakitan berulang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia