Harian Metro

Kawal tekanan, gula darah

-

mencari rawatan sebaik didiagnosi­s dengan penyakit ini.

“Saya fikir wanita cenderung menangguhk­an rawatan kerana ingin memberikan komitmen terhadap keluarga disebabkan peranan sebagai penjaga. Ada juga wanita yang bimbang gaya hidup mereka boleh terjejas akibat rawatan.

“Namun, alasan diberikan tidak memberikan manfaat kepada mereka. Bagi wanita yang menjalani rawatan di pusat dialisis Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), mereka membuktika­n bahawa tidak mustahil untuk meneruskan kehidupan dan menikmati kualiti hidup lebih baik jika mendapatka­n rawatan,” katanya.

Sementara itu, pesakit CKD, Zabedah Jali, 57, berkata beliau menjalani rawatan dialisis di NKF sejak 20 tahun lalu selepas permohonan­nya untuk mendapatka­n pemindahan buah pinggang tidak berjaya.

“Keduadua buah pinggang saya didiagnosi­s gagal berfungsi pada usia 37 tahun. Selepas ditolak untuk mendapatka­n pemindahan buah pinggang, saya mula menjalani dialisis di NKF.

“Biarpun saya melakukan dialisis selama 20 tahun, ia bukan penghalang untuk menikmati kehidupan seperti insan normal lain, bekerja dan berkeluarg­a.

“Kini, saya menghabisk­an masa berehat di rumah dan banyak beribadat mendekatka­n diri dengan Tuhan. Anakanak pula semua sudah besar dan mampu hidup sendiri,” katanya.

Seorang lagi pesakit CKD, Chuy Oi Lan, 63, didiagnosi­s dengan kegagalan buah pinggang pada 1993 dan menjalani dialisis di NKF sejak lima tahun lalu. Beliau menerima pembiayaan daripada PERKESO untuk kos dialisis di hospital, selain disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir, beliau juga pesakit kanser payudara.

“Saya tahu hidup saya sangat sukar. Namun, saya tidak mahu mengalah dan teruskan kehidupan seperti biasa. Saya bersyukur mempunyai keluarga dan rakan yang sentiasa memberi sokongan,” katanya.

Penjagaan kesihatan buah pinggang

Jika ada diabetes, pastikan kawalan gula adalah cemerlang. Ikut nasihat doktor mengenai suntikan insulin, ubat, diet, aktiviti fizikal dan kawal tekanan darah.

Lakukan pemeriksaa­n tekanan darah secara berkala.

Jika anda berada dalam satu daripada faktor risiko, lakukan pemeriksaa­n kesihatan buah pinggang seperti ujian darah, ujian air kencing dan tekanan darah setiap tahun. Dapatkan ujian ini lebih kerap jika menghidap diabetes atau tekanan darah tinggi.

Rawat jangkitan saluran kencing dengan segera. Kawal aras kolesterol dengan pemakanan dan ubatan yang sesuai. Minum air secukupnya dan pilih makanan yang rendah gula, lemak dan garam tetapi tinggi serat dengan jumlah yang sederhana.

Jangan merokok. Kurangkan pengambila­n alkohol.

Kekalkan berat badan ideal sesuai ketinggian dan amalkan senaman sederhana sekurangku­rangnya 30 minit sehari.

 ??  ?? ZABEDAH
sudah 20 tahun jalani
dialisis.
INFO
Faktor risiko a. Berusia 60 tahun
ke atas b. Menghidap diabetes c. Obesiti d. Menghidap tekanan
darah tinggi e. Ada masalah
jantung f. Pernah mengalami
strok g. Perokok h. Sejarah keluarga menghidap...
ZABEDAH sudah 20 tahun jalani dialisis. INFO Faktor risiko a. Berusia 60 tahun ke atas b. Menghidap diabetes c. Obesiti d. Menghidap tekanan darah tinggi e. Ada masalah jantung f. Pernah mengalami strok g. Perokok h. Sejarah keluarga menghidap...
 ??  ?? BUAH pinggang
rosak.
BUAH pinggang rosak.
 ??  ?? DR Goh
DR Goh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia