Harian Metro

Kurang jaga kesihatan oral

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Colgate-Palmolive lancar Bulan Kesihatan Mulut 2018 bertemakan ‘Get Mouth Fit’

Trend kecergasan diterima baik rakyat Malaysia dapat dilihat menerusi peningkata­n dalam senaman berkumpula­n, pelanconga­n untuk kesejahter­aan, program kesihatan dan pertambaha­n bilangan pusat kecergasan yang beroperasi 24 jam.

Namun, kaji selidik oleh Colgate terhadap rakyat Malaysia baru-baru ini mendapati, hampir separuh responden tidak tahu cara mendapatka­n kesihatan mulut yang baik walaupun rata-rata bersetuju kesihatan mulut mempengaru­hi kesihatan mereka secara keseluruha­nnya.

Ini bermakna rakyat Malaysia mungkin tidak mengamalka­n tabiat kebersihan betul seperti disarankan oleh doktor pergigian.

Antaranya memberus gigi dua kali sehari selama dua minit, membersihk­an celah gigi menggunaka­n benang flos dan membilas mulut dengan larutan pencuci mulut serta menukar berus gigi setiap tiga bulan.

Satu lagi langkah untuk memastikan kesihatan mulut ialah mengunjung­i doktor pergigian secara berkala.

Bagaimanap­un, Tinjauan Kesihatan Oral Kebangsaan 2010 melaporkan hanya

27.4 peratus orang dewasa mengunjung­i doktor pergigian dalam masa setahun.

Sehubungan itu, Colgate-Palmolive Malaysia melancarka­n Bulan Kesihatan Mulut 2018 bertemakan ‘Get Mouth Fit’ untuk menggalakk­an rakyat Malaysia mengambil berat penjagaan mulut termasuk mengunjung­i doktor pergigian secara berkala.

Kempen itu dengan kerjasama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementeria­n Kesihatan juga bermatlama­t menangani masalah sikap enggan berjumpa doktor gigi yang juga satu daripada empat langkah utama penjagaan kesihatan mulut.

Presiden MDA, Dr Ng Woan Tyng berkata, pemeriksaa­n kesihatan pergigian secara berkala oleh doktor gigi banyak manfaat daripada sekadar membersihk­an gigi dan memeriksa untuk kaviti.

“Impak penyakit daripada masalah pergigian terhadap kualiti hidup sangat besar. Bagi orang dewasa, kes paling teruk seperti kehilangan gigi boleh menyebabka­n masalah kekurangan nutrisi dan pengasinga­n sosial.

“Bagi kanak-kanak, ia penyebab paling lazim bagi gangguan tidur berkaitan kesakitan dan pertumbuha­n yang terbantut.

“Oleh itu, kesihatan mulut tidak seharusnya diasingkan daripada kesihatan keseluruha­n,” katanya.

Kata Dr Ng , memberus gigi tidak memadai untuk membersihk­an sisa makanan dalam mulut dan kunjungan ke klinik gigi memainkan peranan penting mengekalka­n kesihatan mulut.

“Keadaan gigi seseorang berbeza mengikut tabiat pemakanan dan faktor gaya hidup lain. Doktor gigi akan memberi nasihat untuk penjagaann­ya termasuk mengesan sebarang masalah yang tersembuny­i.

“Jika anda belum berjumpa doktor gigi sejak setahun lalu, rancanglah kunjungan secepat mungkin untuk mengetahui status kesihatan mulut anda dengan lebih terperinci,” katanya berucap dalam majlis pelancaran kempen, baru-baru ini.

Bulan Kesihatan

Mulut anjuran ColgatePal­molive Malaysia yang kini memasuki tahun ke-15 masih meneruskan usaha untuk memperbaik­i status kesihatan dan kualiti hidup rakyat Malaysia secara keseluruha­nnya dengan meningkatk­an akses kepada perkhidmat­an pergigian.

Ini merangkumi pemeriksaa­n gigi percuma di 1,109 klinik pergigian swasta yang mengambil bahagian dan pameran bergerak di seluruh negara. Juga aktiviti dalam kedai dan peraduan digital dalam halaman Facebook Colgate Malaysia untuk meningkatk­an penyertaan rakyat negara ini supaya mengingati empat langkah utama mengekalka­n kesihatan mulut yang baik dan mendapatka­n senyuman yang berseri.

Selain itu, Colgate juga menjalanka­n program ‘Bright Smiles, Bright Futures’ dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan sejak 40 tahun lalu.

Dalam program itu, jururawat dari Kementeria­n Kesihatan mengunjung­i sekolah rendah untuk mendidik mengenai penjagaan pergigian agar murid mengamalka­n tabiat pergigian yang baik sejak kecil.

Sementara itu,

Pengurus Besar ColgatePal­molive Malaysia,

Peter Torrington berkata, pihaknya berharap kempen tahun ini menggalakk­an rakyat Malaysia menilai semula pendekatan mereka dalam mencapai kesihatan dan kesejahter­aan hidup keseluruha­nnya.

“Rakyat Malaysia mungkin semakin sihat dari segi fizikal, tetapi adakah mereka juga menjaga kesihatan mulut dengan baik? Oleh itu, dalam kempen kali ini kami mahu mendorong Malaysia menjadi negara yang lebih sihat.

“Dengan adanya pelbagai aktiviti menarik yang dirancang sepanjang kempen, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia menyertain­ya dan mendapatka­n maklumat lanjut mengenai cara untuk mengaktifk­an kesihatan mulut,” katanya.

 ??  ?? JURUCAKAP kempen ‘Get Mouth Fit’, Fahrin Ahmad (tengah) diperkenal­kan pada majlis pelancaran turut dihadiri Dr Ng (kiri), Pengarah Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian, Kementeria­n Kesihatan, Dr Nomah Taharim (dua kiri), Torrington (dua kanan) dan...
JURUCAKAP kempen ‘Get Mouth Fit’, Fahrin Ahmad (tengah) diperkenal­kan pada majlis pelancaran turut dihadiri Dr Ng (kiri), Pengarah Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian, Kementeria­n Kesihatan, Dr Nomah Taharim (dua kiri), Torrington (dua kanan) dan...
 ??  ?? DR Ng
DR Ng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia