Harian Metro

GALAK JADI NELAYAN

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

Sarawak wujud program latihan sertai bidang perikanan laut dalam

Kerajaan negeri mengambil inisiatif mewujudkan program khas untuk menggalakk­an lebih ramai belia Sarawak menyertai bidang perikanan laut dalam yang kini dikuasai warga asing.

Ketua Menterinya, Datuk Abang Johari

Abang Openg berkata, inisiatif itu akan dilaksanak­an melalui kerjasama dengan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menganjurk­an program khas itu.

Katanya, program itu membabitka­n latihan kemahiran yang akan dijalankan di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di Muara Tebas, di sini, dengan semua kemudahan diperlukan disediakan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia

(Maritim Malaysia).

“Sarawak kaya dengan sumber laut dan ketika ini, sebanyak

129 lesen perikanan laut dalam dikeluarka­n kepada pengusaha, namun masalah utama kita kekurangan warga tempatan untuk menjadi kelasi, juragan, jurupukat dan juruenjin.

“Justeru, kita akan menganjurk­an latihan khas di sini (KOMTAS) dan ia diyakini menyediaka­n peluang terbaik kepada belia tempatan untuk menyertai bidang perikanan laut dalam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah Embas pada Perbarisan

Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia Ke-13 Peringkat Negeri di KOMTAS di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man, Pengarah Maritim

Malaysia Wilayah Sarawak Laksamana Pertama

Datuk Ismaili Bujang Pit serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Sarawak Nor Hisham Mohamad.

Ketika mengulas lanjut, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak berkata, program berkenaan akan bermula tahun ini dengan pengambila­n kumpulan pertama pelatih akan dilaksanak­an Jun ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri amat menghargai inisiatif Maritim Malaysia menyediaka­n kemudahan latihan seterusnya membuka peluang terbaik kepada belia tempatan untuk menceburi bidang itu.

“Bagi melengkapk­an kemahiran pelatih di laut, Maritim Malaysia juga menyediaka­n kapal nelayan asing yang dirampas sebagai kapal latihan.

“Selepas menamatkan latihan di sini nanti, pelatih boleh terus memohon lesen menangkap ikan di laut dalam jika mereka ada modal untuk membeli kapal, dan memiliki lainlain keperluan yang mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Ismaili berkata, pengambila­n pertama pelatih disasar berjumlah 100 orang dengan tempoh latihan selama enam bulan.

Beliau berkata, setakat ini hanya Maritim Malaysia Wilayah Sarawak saja yang menawarkan kemudahan itu dalam usaha membantu kerajaan negeri melahirkan lebih ramai belia tempatan dalam industri perikanan laut dalam.

 ?? FOTO: ?? PERBARISAN upacara sambutan ulang tahun Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia Ke-13 Peringkat Wilayah Maritim Sarawak di KOMTAS, Muara Tebas, semalam.
FOTO: PERBARISAN upacara sambutan ulang tahun Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia Ke-13 Peringkat Wilayah Maritim Sarawak di KOMTAS, Muara Tebas, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia