Harian Metro

MERIAH SAMBUTAN KE-100

- Avila Geraldine avila@nstp.com.my

Sambutan ulang tahun ke-100 bangunan Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) yang dulunya Pejabat Pos Lama di Jalan Gaya di sini, berlangsun­g meriah apabila turut disertai warga bandar raya dan pelancong asing.

Sambutan diadakan di hadapan bangunan hingga ke hujung Jalan Gaya menerusi acara yang menempatka­n gerai makanan, kenderaan saji dan vendor jualan.

Bangunan itu melalui zaman peperangan, pemulihan dan kini menempatka­n pejabat STB.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun ketika menyempurn­akan majlis itu berkata, Kota Kinabalu kini berubah menjadi bandar raya progresif yang dikunjungi pelawat dari serata dunia.

“Pada ketika kami merayakan ulang tahun ke-100 bangunan ini, kami juga harus meraikan kepelbagai­an yang ada di sini yang menjadi tarikan pelawat untuk berkunjung ke Sabah.

“Ini keunikan Sabah, kami tidak melihat pada bangsa serta kepercayaa­n dan sebab itu kita terus hidup dalam suasana harmoni dan saling memahami serta menghormat­i antara satu sama lain,” katanya.

Turut

hadir, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Pang Yuk Ming, Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai dan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

Pada majlis itu, Masidi turut meletakkan surat dalam peti surat yang berperanan sebagai kapsul masa dan akan dibuka 100 tahun akan datang.

Bangunan bersejarah itu dirasmikan oleh Gabenor Syarikat Kerajaan Utara Borneo AC Pearson pada 1918 dan pada mulanya dijadikan pejabat percetakan sebelum ditukar menjadi pejabat pos pada 1936 hingga 1986.

Pada 1989, kerajaan Sabah memulihkan bangunan itu untuk dijadikan pejabat Perbadanan Penggalaka­n Pelanconga­n Sabah (STPC) atau kini dikenali STB.

Ia antara satu daripada 24 tapak warisan yang diwartakan di Sabah.

Rai kepelbagai­an jadi tarikan pelawat berkunjung ke Sabah

 ??  ?? PENGUNJUNG, Mohd Adhan Izmi Roslan (kiri), Joyner Jerry, Mastura Light dan Mahzan Mat Salleh merakamkan gambar berlatarka­n bangunan Lembaga Pelanconga­n Sabah.
PENGUNJUNG, Mohd Adhan Izmi Roslan (kiri), Joyner Jerry, Mastura Light dan Mahzan Mat Salleh merakamkan gambar berlatarka­n bangunan Lembaga Pelanconga­n Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia