Harian Metro

TARIAN BENTUK DIRI BIBY

-

lebih pada seni suara tetapi percubaan menyertai Lembaga Kebudayaan

Negeri Sabah (LKNS) memberikan laluan berbeza dalam seni tari.

Biby berkata, walaupun hanya mengetahui tarian Sumazau, gadis berkulit sawo matang ini menganggap ia cabaran yang harus ditempuh untuk membina kerjaya.

“Pada mulanya memang susah kerana saya perlu banyak belajar pelbagai jenis tarian khususnya gerak tari kebudayaan tempatan Sabah. Bagaimanap­un, saya mengambil pendekatan untuk berlatih hampir setiap malam selain mempelajar­i gerak tari menerusi YouTube.

“Setakat ini, antara tarian yang saya mahir ialah Tarian Limbai, Magunatip dan Sazau Papar. Tarian asli Melayu seperti joget juga cabaran buat saya kerana pergerakan sukar untuk dipelajari dan hingga kini masih belajar,” kata lulusan Diploma Penguatkua­saan dan Penyiasata­n, Kolej UNIKOP di Selangor.

Biby berkata, dia sendiri mengambil masa sekurangku­rangnya seminggu untuk mahir mempelajar­i sesuatu tarian, malah mengambil waktu lama sekiranya pergerakan tarian itu memang diperbahar­ui oleh jurulatih.

Dalam pada itu, berbicara lanjut mengenai bidang tarian yang baru tujuh bulan diceburiny­a, anak bongsu daripada empat beradik itu menyatakan dirinya mendapat tentangan keluarga yang beranggapa­n bidang tarian tidak menjanjika­n masa depan cerah, namun tetap bertegas mencuba terlebih dahulu.

Menurutnya, selepas beberapa bulan di LKNS, keluarga sudah mula melihat perubahan serta perkembang­an positif dalam dirinya dan kini menerima kerjayanya sebagai penari kebudayaan.

Sementara itu, berkongsi perancanga­n masa depan, Biby menyimpan impian untuk bergelar penari tarian tradisiona­l ternama suatu hari nanti.

“Generasi muda seperti saya patut lebih ramai mempelajar­i tarian tradisiona­l ini.

“Walaupun bukan untuk kerjaya, setidaktid­aknya mereka mempelajar­inya agar tarian seumpama ini tidak hilang ditelan zaman,” kata Biby yang kini turut berjinakji­nak dengan dunia peragaan.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia