Harian Metro

Gigih timba pengalaman, buru impian

- Khalid Latip am@ hmetro. com.my

Keyakinan diri yang tinggi serta sifat tidak mudah mengalah menjadi pegangan utama anak muda ini untuk mencapai hasrat dan meraih kejayaan dalam bidang yang diceburiny­a.

Mohd Syafiq Syah Abdullah atau lebih selesa panggilan

Fiq, menyimpan impian menjadi penyanyi atau duduk sebaris penghibur lain berasal daripada Bumi Kenyalang seperti Dayang Nurfaizah, Bob Yusuf, Noh Hujan, Hafiz Suip, Rem dan Zee Avi.

Anak jati Sibu ini berkata, tidak salah untuk mengimpika­n kejayaan tetapi perlu disusuli dengan penuh usaha, ketekunan dan tidak cepat berputus asa.

Jelasnya, dia tidak mengejar populariti sematamata, sebaliknya mencari pengalaman kerana apa yang dilalui amat penting sebagai panduan untuk terus maju ke hadapan.

“Terima kasih kepada ibu, insan paling istimewa yang sentiasa memberikan semangat kepada saya. Dia adalah tulang belakang dan menjadi nadi kekuatan perjuangan saya selama ini.

“Bidang seni memberikan banyak pengalaman manis buat diri saya apabila berpeluang menghiburk­an ramai orang. Saya berha rap boleh pergi lebih jauh dan berpeluang mengharumk­an nama Sarawak di persada seni tanah air suatu harinanti.

“Semua pengalaman sepanjang aktif dalam bidang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian menjadi penyanyi tersohor,” katanya kepada Metro Ahad.

Menceritak­an minatnya itu Mohd Syafiq berkata, ia bermula sejak kecil lagi dan untuk terus maju dia menyertai pelbagai uji bakat termasuk Akademi Fantasia, Mentor dan Vokal Sekadar Rupa, namun setakat ini rezeki belum memihak padanya.

Meskipun kerap pulang hampa, pemuda ini tidak cepat mengalah dan menggunaka­n pengalaman itu untuk memberikan persembaha­n terbaik bersama kumpulan ‘The Crew’.

“Walaupun tidak terikat sepenuhnya, saya terharu kerana ahli kumpulan ini beri kepercayaa­n penuh, kerana meraka adalah nama besar di Sarawak.

“Kalau diberi peluang saya sedia untuk menjadi artis rakaman bagi manamana syarikat rakaman berminat. Apa yang pasti, saya menyimpan hasrat untuk bernaung bawah syarikat FMC.

“Mudahmudah­an impian itu menjadi kenyataan suatu hari nanti,” kata pegawai eksekutif ini yang bertugas di sebuah syarikat rangkaian penghantar­an ekspres terkemuka tempatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia