Harian Metro

SELAMAT MAYAT HOSPITAL TERBAKAR

- Nurul Hidayah Bahaudin dan Nur Afiradina Arshad cnews@nstp.com.my

Tindakan pantas potong pagar jeriji selamat dua terperangk­ap dalam kebakaran di Hospital Kuala Lumpur

Tindakan pantas anggota bomba memotong pagar jeriji di tingkat atas stor penyimpana­n barang Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, berjaya menyelamat­kan dua wanita terperangk­ap di dalam bangunan itu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kedua-dua mangsa yang juga juruteknol­ogi makmal dan pekerja am berusia lingkungan 40-an dikatakan terperangk­ap dalam stor berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata, ketika kejadian hanya dua kakitangan terbabit berada di dalam stor itu.

“Sebaik melihat asap tebal dan api semakin marak, kedua-dua mangsa melarikan diri ke tingkat atas sebelum anggota bomba bertugas memotong pagar jeriji untuk menyelamat­kan mereka.

“Mereka berjaya dibawa keluar dari bangunan itu dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Khiruddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari.

“Seramai lapan pegawai dan 31 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chow Kit, BBP Hang Tuah, BBP Setapak dan BBP Jalan Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kami berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 1.32 tengah hari iaitu kira-kira satu jam selepas jentera pertama tiba di lokasi,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran itu dipercayai berpunca akibat litar pintas

Seramai lapan pegawai dan 31 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chow Kit BBP Hang Tuah, BBP Setapak dan BBP Jalan Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian”

Khiruddin Drahman

memandangk­an tiada barangan mudah terbakar di dalam stor berkenaan.

“Kebakaran menyebabka­n stor berkenaan musnah sepenuhnya, manakala bangunan berhampira­n mengalami kerosakan kecil,” katanya.

Katanya, pihak HKL turut melakukan proses pengosonga­n bangunan di IPFN dengan memindahka­n 19 mayat selepas bekalan elektrik diputuskan sebagai langkah keselamata­n.

“Pada masa sama, pihak HKL turut melakukan proses pengosonga­n bangunan membabitka­n kakitangan, pesakit dan pelawat di bangunan berhampira­n lokasi kebakaran.

“Bahan kimia dan tong oksigen yang mudah terbakar turut dibawa keluar ketika kejadian bagi mengelak kebakaran merebak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN bangunan IPFN Hospital Kuala Lumpur yang terbakar, semalam.
SEBAHAGIAN bangunan IPFN Hospital Kuala Lumpur yang terbakar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia