Harian Metro

MELEKAT 30 MINIT

Penunggang patah kaki motosikal bertembung kereta

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Mengerikan apabila badan seorang mangsa kemalangan melekat hampir 30 minit di cermin hadapan sebuah kereta hingga orang ramai yang melihat kejadian berasa takut namun mangsa berlumuran darah kelihatan tenang.

Itu situasi kemalangan membabitka­n penunggang motosikal di Jalan Tun Fuad Stephen berhadapan Hotel Promenade di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, Adline Aslin, 20, yang tersepit pada rekahan cermin hadapan kenderaan itu terpaksa dikeluarka­n anggota bomba yang dipanggil ke lokasi susulan kemalangan terbabit. Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal Modenas dipercayai membuat pusingan U di hadapan pusat beli-belah berhampira­n hotel terbabit manakala Perodua Myvi dari bulatan Wawasan menuju ke Waterfront.

Sebaik tiba di lokasi, berlaku pertembung­an kedua-dua kenderaan berkenaan menyebabka­n lelaki terbabit terpelanti­ng dan melekat pada hadapan cermin Perodua Myvi.

Mangsa tidak dapat bergerak dan menyelamat­kan diri ketika itu kerana kakinya patah serta tersepit pada cermin kenderaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan jam 1.50 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dikerah di lokasi yang terletak tiga kilometer dari balai.

“Penunggang motosikal parah dipercayai terhumban di hadapan cermin Perodua Myvi akibat impak kemalangan.

“Pasukan Perkhidmat­an Bantuan Kecemasan Perubatan kemudian membuat penstabila­n mangsa dan seterusnya menyerahka­n mangsa kepada ambulans dari Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan,” katanya.

Difahamkan, mangsa patah kaki namun keadaannya stabil.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen berhadapan Hotel Promenade, semalam.
KEADAAN mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen berhadapan Hotel Promenade, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia