Harian Metro

ARIZ AJAIB

Wanita sanggup lepas jawatan pengurus perniagaan syarikat swasta mahu jaga zuriat hidap autisme

- lapor Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik

>Meskipun mengalami gangguan spektrum autisme (ASD), perkembang­an Ariz Safiyy Mohd Azlis amat mengagumka­n. Pada usia setahun, dia sudah kenal huruf dan pada umur dua tahun sudah mula membaca. Kini, Ariz Safiyy berkeboleh­an dalam bahasa Russia, Poland, Jerman dan Sepanyol serta Inggeris,

Kuala Lumpur

Pernah melepaskan kerjaya berjawatan tinggi sebagai pengurus perniagaan sebuah syarikat swasta. Itu antara pengorbana­n besar dilakukan Rozina Mohd Ikram, 54, demi membesarka­n sendiri anak sulungnya yang mengalami gangguan spektrum autisme (ASD).

Namun, pengorbana­n itu berbayar kini apabila anak istimewa itu Muhammad Daniel Zainuddin, 23, menjadi kebanggaan keluarga kerana kepintaran­nya dalam pelajaran hingga pernah meraih 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Penilaian Menengah Rendah (PMR) 9A serta 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Malah, Muhammad Daniel pernah diiktiraf menerima anugerah dekan ketika menuntut di peringkat diploma dalam bidang Bahasa dan Kesusaster­aan Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu serta dia yang kini sedang melanjutka­n Sarjana Muda Bahasa Arab di pusat pengajian sama mengulangi kejayaan terdahulu.

“Kami sebenarnya pernah mengambil seorang pembantu rumah, tetapi saya tidak berpuas hati dengan cara jagaannya dan waktu itu tiada pilihan lain, jadi saya buat keputusan korbankan kerjaya,” katanya.

Menurutnya, Muhammad Daniel mendapat pendedahan awal dalam pendidikan khas di sebuah sekolah rendah di Terengganu, namun minat belajar dipupuk sejak kecil.

“Saya perasan Daniel dapat menerima pembelajar­an dengan cepat dan minat belajar sejak kecil. Walaupun dia sedang melompat-lompat dan buat perangai sendiri, rupa-

Saya selalu berdoa supaya Daniel dapat mencapai impiannya bergelar pensyarah suatu hari nanti”

Rozina

nya dia boleh menangkap apa yang saya ajarkan kepada adik dia.

“Walaupun tak boleh bercakap, tetapi ketika tujuh tahun dia sudah pandai baca akhbar,” katanya.

Katanya, sejak kecil semua anaknya termasuk Muhammad Daniel tidak pernah dihantar ke pusat tuisyen tetapi diajar sendiri Rozina di rumah.

“Setiap hari selepas balik dari sekolah saya akan ajar mereka buat latihan. Saya menyediaka­n jadual rutin iaitu selepas Isyak akan mula belajar dan setiap hujung minggu dari pagi sampai tengah hari dan sambung sampai petang.

“Alhamdulil­lah mungkin dengan rutin itu selain pembelajar­an di sekolah, semua anak saya berjaya masuk universiti termasuk Daniel,” katanya.

Menurutnya, pada awalnya memang dia terfikir kenapa dia dipilih melalui ujian ini, tetapi sekarang baru dia sedar rupanya Allah hendak beri sesuatu yang lebih baik kepadanya.

“Apa yang penting, Daniel kini boleh berdikari dan kelebihann­ya bijak dalam pelajaran adalah bonus dan anugerah tidak ternilai Allah berikan kepada kami.

“Saya selalu berdoa supaya Daniel dapat mencapai impiannya bergelar pensyarah suatu hari nanti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ROZINA bersama Muhammad Daniel.
ROZINA bersama Muhammad Daniel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia