Harian Metro

Petik gitar kumpul dana

 Penuntut KVPD pungut sumbangan bantu 450 individu susah sekitar Kuala Lumpur

- Mohd Khidir Zakaria news@nstp.com.my

Sekumpulan penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) membuat persembaha­n muzik dan caklempong berkonsepk­an busking di Pasar Seni dan Pasaraya Sogo sebagai usaha mengumpul dana bagi membantu golongan tidak bernasib baik atau miskin bandar di Kuala Lumpur.

Penasihat Program, Shaiffuldi­n Mohamad berkata, semua hasil sumbangan diagihkan kepada 450 individu yang dikenal pasti sebagai miskin bandar di ibu kota.

“Khidmat masyarakat ini turut mendapat kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Need to Feed the Need

(NFN), Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), warga KVPD dan masyarakat setempat yang turut membantu pengurusan, hebahan, promosi dan juga bantuan dana,” katanya.

Katanya, 42 penuntut Program Diploma Pengurusan Perniagaan KVPD terbabit dengan program khidmat sosial Misi Jalinan Mesra bersama warga miskin bandar yang diadakan di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah KVPD Abdul Razak Ismail berkata, program berkenaan adalah aktiviti kemasyarak­atan dalam kursus Pengurusan Acara sebagai projek tahun akhir penuntut terbabit.

“Mereka perlu melakukan aktiviti kemasyarak­atan se- bagai persiapan pendedahan di dunia luar yang akan tempuhi kelak. Antara yang diterapkan menerapkan elemen kepemimpin­an, khidmat masyarakat, komunikasi, sahsiah diri dan nilai murni.

“Kejayaan program ini adalah perintis kepada pelajar lain yang akan melakukann­ya pada masa akan datang dan ia bagus dalam mendidik mereka lebih bertanggun­gjawab terhadap masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, pada program itu, pihaknya menyumbang­kan set mandian, kelengkapa­n solat seperti sejadah, telekung dan kain pelikat, pakaian, susu bayi, lampin pakai buang dan barangan makanan asas.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N kumpulan nyanyian dan caklempong di hadapan Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur untuk mengutip dana bagi membantu warga miskin.
PERSEMBAHA­N kumpulan nyanyian dan caklempong di hadapan Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur untuk mengutip dana bagi membantu warga miskin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia