Harian Metro

Bomba layan 500 kanak-kanak tabika

-

Serdang: Seramai 500 kanak-kanak dari taman asuhan kanak-kanak sekitar daerah ini diberi pendedahan awal mengenai keselamata­n kebakaran melalui Kelab Keselamata­n Kebakaran Kanak-kanak (3K) dalam program Hari Bomba Bersama Masyarakat anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, kelmarin.

Program berlangsun­g selama tiga hari sejak Jumaat itu antara lain bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung pencegahan kebakaran serta pengurusan ketika berlaku bencana.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Azmi Osman berkata, banyak aktiviti diselitkan sepanjang program bertujuan mendekatka­n masyarakat dengan bomba.

“Program ini inisiatif Ketua BBP Serdang sendiri, menyahut seruan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar yang mahu rakyat diberikan pendedahan mengenai keselamata­n kebakaran.

“Antara program diadakan ialah menjemput 500 kanak-kanak pada 11 tadika di kawasan ini. Mereka diberikan pendedahan mengenai tugasan bomba, teknik menyelamat­kan diri, peralatan bomba dan sebagainya,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Turut diadakan pertanding­an mengenal peralatan bomba, penyelamat­an aras tinggi, pameran bomba, demonstras­i pemadaman dapur gas, pertanding­an membawa, membentang dan menggulung hos.

Beliau berkata, selain memberikan pendedahan kepada kanak-kanak, pihaknya turut menjemput pengusaha hotel bajet, rumah orang tua, inap desa dan pemilik pusat tahfiz untuk diberikan penerangan mengenai keselamata­n kebakaran.

Antara program diadakan menjemput 500 kanak-kanak dari 11 tadika di kawasan ini”

Azmi Osman

 ??  ?? ANGGOTA bomba menyarungk­an pakaian bomba kanak-kanak kepada pengunjung.
ANGGOTA bomba menyarungk­an pakaian bomba kanak-kanak kepada pengunjung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia