Harian Metro

Hingga akhir hayat

 Penyokong Pahang rebah dalam stadium ketika saksi perlawanan dengan Kedah

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@hmetro.com.my

“Sejak kebelakang­an ini, arwah kerap ke Stadium Darul Makmur untuk menyaksika­n perlawanan bola sepak membabitka­n Pahang. Sebelum ini dia hanya menyaksika­n perlawanan menerusi televisyen.

“Tiga perlawanan terakhir Pahang, dia hadir ke stadium. Malah, malam tadi (kelmarin) dia ceria dan bersemanga­t memberikan sokongan kepada pasukan Pahang,” kata Khairiah Harun, 43.

Wanita itu isteri kepada Azmi Mat, 63, yang meninggal dunia ketika menyaksika­n perlawanan pusingan ketiga Piala FA di antara Pahang dan Kedah di Stadium Darul Makmur di sini, malam kelmarin.

Katanya, dia dimaklumka­n mengenai kejadian suaminya rebah tidak sedarkan diri daripada jiran yang turut berada di stadium sebelum bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, jam 10.50 malam.

“Sebaik tiba di hospital bersama anak bongsu, doktor mengesahka­n suami tidak dapat diselamatk­an dan meninggal dunia.

“Saya terkejut kerana sebelum ini dia tiada penyakit,” katanya di kediamanny­a di Taman Sri Damai Perdana di sini, semalam.

Khairiah berkata, suaminya yang menunggang motosikal bersendiri­an tiba lewat ke stadium manakala anaknya yang lain sampai terlebih dahulu.

“Mereka masuk berasingan, suami saya beli tiket

grandstand manakala anak saya di tempat duduk terbuka menyebabka­n mereka tidak tahu ayah pengsan dalam stadium,” katanya.

Khairiah berkata, berdasarka­n laporan pihak hospital, suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Damai, jam 10.15 pagi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10 malam.

“Mangsa dikejarkan ke HTAA dan diberikan rawatan serta pemeriksaa­n sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.08 malam oleh pegawai perubatan.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Saya terkejut kerana sebelum ini dia tiada

penyakit,

Khairiah

 ??  ?? AZMI rebah secara mengejut di Stadium Darul Makmur sebelum disahkan meninggal dunia di HTAA.
AZMI rebah secara mengejut di Stadium Darul Makmur sebelum disahkan meninggal dunia di HTAA.
 ??  ?? KHAIRIAH sebak mengenang nasib menimpa suaminya.
KHAIRIAH sebak mengenang nasib menimpa suaminya.
 ??  ?? AZMI
AZMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia