Harian Metro

15,000 tanda tangan petisyen

-

Lumpur: Lebih 15,000 individu menandatan­gani petisyen menuntut hukuman tegas dikenakan terhadap seorang Datin yang didakwa menyebabka­n kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya.

Petisyen itu dilancarka­n susulan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Khamis yang membenarka­n tertuduh, Datin Rozita Mohamad Ali dikenakan bon berkelakua­n baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000.

Petisyen menerusi laman sesawang Change.org itu ditujukan kepada

Perdana

Menteri,

Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sehingga jam 4.25 petang semalam, petisyen bertajuk Tuntutan Keadilan Sama Rata yang dilancarka­n semalam mengumpul lebih 15,000 tanda tangan.

Petisyen itu antara lain menolak keputusan mahkamah berkenaan dan mahu keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat dan harta.

Ia turut menuntut Rozita, 44, dikenakan tindakan lebih tegas, selain menyifatka­n jenayah terhadap pembantu rumah, Suyanti Sutrinso, 19, itu sebagai keji dan tidak berperikem­anusiaan.

“Walaupun (tertuduh) seorang Datin, kaya dan memiliki hubungan (dengan individu tertentu), tidak memberi hak kepadanya bertindak sedemikian.

“Apakah mesej kita yang cuba sampaikan kepada rakyat dan kanak-kanak? Malaysia perlu meneliti isu hak asasi manusia dengan serius,” kata kenyataan dalam petisyen itu.

Keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mencetuska­n rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai yang menyifatka­n ia terlalu ringan, malah pengamal undang-undang membantahn­ya kerana implikasi hukuman itu memberi gambaran salah terhadap perundanga­n negara.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau mengarahka­n rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah terbabit.

Ketika awal pendakwaan, tertuduh berdepan tuduhan cuba membunuh pembantu rumahnya mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun jika cedera, dan seumur hidup jika menyebabka­n kematian.

Rozita didakwa menyebabka­n kecederaan parah terhadap Suyanti dengan menggunaka­n pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju, yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa.

 ??  ?? ROZITA
ROZITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia