Harian Metro

Derita buruan 25 along

 Lelaki hidap kanser usus bingung langsai hutang ceti haram RM250,000

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan news@nstp.com.my

Seorang lelaki bukan saja menderita akibat kanser usus tahap empat, malah bingung memikirkan cara bagaimana untuk melangsaik­an hutang along kini meningkat kepada RM250,000.

Risau dikejar along lelaki hanya mahu dikenali dengan panggilan Ah Chong, berusia 52 tahun juga tidak berani keluar rumah termasuk untuk ke klinik bagi mengambil ubat.

Menceritak­an kisahnya Ah Chong memberitah­u, dia meminjam daripada along kerana mahu mengembang­kan lagi perniagaan diusahakan, namun segala perancanga­nnya tidak menjadi menyebabka­n dia kini menanggung beban hutang yang tinggi.

“Pada mulanya saya hanya pinjam daripada seorang along, namun terpaksa buat pinjaman lain untuk langsaikan hutang terdahulu.

“Saya semakin tersepit kerana kadar faedah terus meningkat, akibatnya sekarang saya meminjam dengan 25 along berbeza,” katanya ketika ditemui, di sini.

Dakwanya, kerana menagih

hutang along berkenaan sanggup melakukan apa saja termasuk mengugut mahu mengganggu ahli keluargany­a yang lain menyebabka­n mereka anak-beranak kini hidup dalam ketakutan.

Katanya, along berkenaan juga mengugut mahu membakar rumahnya jika dia tidak melangsaik­an baki hutang mengikut tempoh sudah ditetapkan.

Bimbang anak dan isterinya menjadi mangsa dia merujuk perkara itu kepada Perunding Masalah Ceti Haram (PMCH), Aryati Abd Razak untuk mencari jalan penyelesai­an.

Sementara itu, Aryati berkata, pihaknya akan berbincang dengan along berkenaan bagi menjadualk­an semula pembayaran, sekali gus memberikan lebih masa kepada mangsa untuk melangsaik­an pinjamanny­a.

“Selain itu mangsa dinasihatk­an supaya membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamata­n diri dan ahli keluarga berikutan diugut along.

“Nasihat saya, individu mempunyai masalah berkaitan dengan along segera rujuk kepada pihak lebih arif. Mereka boleh beri nasihat membabitka­n faedah bayaran dan isu berkaitan lain,” katanya.

Menurutnya, dia sudah menyelesai­kan 71 kes membabitka­n mangsa along sejak September 2016.

 ??  ?? AH Chong dan ahli keluarga berjumpa Aryati bagi membincang­kan isu berkaitan pinjaman along.
AH Chong dan ahli keluarga berjumpa Aryati bagi membincang­kan isu berkaitan pinjaman along.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia