Harian Metro

Skala kecil untung besar

-

Songkhla (Thailand): Keuntungan berganda dan lumayan menjadikan kegiatan penyeludup­an mercun di kawasan Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu terus berleluasa.

Skuad Khas Harian Metro difahamkan kegiatan penyeludup­an mercun kini dilakukan kumpulan terbabit dalam skala kecil membabitka­n laluan masuk utama ataupun penyusupan di pagar sempadan.

Menurut sumber, harga pelbagai jenis mercun di Thailand yang murah menyebabka­n ramai kaki seludup terus melakukan kegiatan itu.

“Di sini (Thailand) mercun bola atau ketupat contohnya dijual pada harga RM15 untuk 100 biji (satu peket). Jika dibeli dalam kuantiti banyak, ia dijual pada harga RM10 untuk jumlah sama berbanding di Malaysia yang dijual RM25 hingga RM30 sepeket,” katanya.

Sumber sama berkata, stok mercun popular seperti bunga api merdeka pula dijual dengan harga bermula RM9 hingga RM100.

“Bunga api kecil 18 kali (tembakan) kami jual di sini RM9. Bunga api merdeka besar iaitu 168 kali (tembakan) hanya RM100. Jika di Malaysia, harganya berlipat kali ganda,” katanya.

Menurutnya, permintaan tinggi rakyat Malaysia menyebabka­n kumpulan penyeludup terus mencari jalan membawa masuk barangan itu.

“Mercun dibawa masuk harganya murah dan dijual satu atau dua kali ganda harga berbanding di Thailand,” katanya.

Katanya, kegiatan penyeludup­an mercun di kawasan sempadan Malaysia-Thailand kini sudah mula aktif.

“Ia (penyeludup­an mercun) untuk stok Aidilfitri dan Aidiladha. Jika dekat hari raya atau musim perayaan, penyeludup­an sukar kerana kawalan sempadan diperketat­kan.

“Jadi, stok pelbagai jenis mercun diseludup sekarang dan disimpan di stor tertentu sebelum dihantar ke Kuala Lumpur,” katanya.

Seorang peniaga mercun yang mahu dikenali sebagai Azlan, 36, berkata, keuntungan penjualan mercun bergantung kepada jumlah mercun yang dijual pada musim perayaan.

“Selalunya, jika jumlah mercun dibawa dari Thailand bernilai RM100,000, jumlah keuntungan diperoleh sekitar RM150,000 hingga RM200,000,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, Azlan berkata, dia tidak mengambil risiko menyeludup sendiri mercun dari Thailand ke negara ini.

“Saya tempah sama ada di Danok atau Betong sebelum menerima mercun itu di kawasan tertentu. Itu pakej disediakan kebanyakan peniaga mercun di Thailand,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia