Harian Metro

Luahan Redza pada hari jadi Ayda Jebat

-

Kuala Lumpur: Bagi menyambut kelahiran anak penyanyi terkenal negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, peminatnya menerusi kelab peminat Sitizoners (SZ) mengadakan majlis doa selamat yang berlangsun­g kelmarin.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak berkata, majlis itu dihadiri 100 peminat yang datang dari serata negeri termasuk Singapura dan Indonesia.

“Alhamdulil­lah, majlis yang dirancang lebih kurang seminggu ini berjalan lancar. Majlis ini terbuka kepada semua SZ yang bekelapang­an untuk hadir.

“Majlis dibuat bagi memohon agar Siti selamat dan dipermudah­kan proses bersalin. Dalam masa sama, ia juga bagi memohon kesembuhan bagi rakan SZ yang ditimpa penyakit.

“Walaupun ia majlis sederhana dan santai, ia cukup bermakna untuk SZ. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir malah sanggup datang dari jauh,” katanya.

Rozi berkata, apa yang penting sekarang adalah doa dan sokongan buat Siti agar dipermudah­kan segala urusan.

“Insya-Allah Siti akan menjalani pembedahan hari ini atau esok. Doakan semuanya lancar,” katanya.

Dalam keadaan sarat hamil, Siti sempat menjalani penggambar­an muzik video lagu Comel Pipi Merah, Jumaat lalu.

Sebelumnya, lagu itu sudah Kuala Lumpur: Sempena ulang tahun ke-26 Ayda Jebat kelmarin, pelakon Redza Rosli meluahkan isi hati di laman Instagram (IG) miliknya.

Redza, 26, berkata, perlakon terkenal itu banyak membantu saat dia jatuh dan melalui kesukaran dalam hidup.

“Ayda, saya sangat menghargai bantuan dan sikap ambil berat anda dalam kehidupan saya selama ini. Anda (Ayda) ada bersama saat saya jatuh, membantu saya apabila berada dalam kesukaran, ketawa bersama serta menunjukka­n kebaikan dan kasih sayang.

“Saya benar-benar mengagumi kekuatan dan fokus ditunjukka­n dalam dilancarka­n di semua platform digital dan mendapat sambutan menggalakk­an. kerjaya dan peribadi anda. Disebabkan anda juga saya menjadi lebih kuat,” tulisnya.

Menerusi status sama, Redza yang juga pelakon Ku Kirim Cinta mengakui perkenalan dengan Ayda adalah pengalaman yang cukup berharga.

“Belajar daripada anda adalah pengalaman yang cukup berharga buat selamanya. Tulus dari hati saya, selamat hari lahir.

“Saya doakan anda sentiasa gembira, sihat dan cantik di mata saya,” tulisnya lagi.

 ??  ?? MAJLIS doa selamat anjuran kelab peminat Sitizoners dihadiri 100 peminat Siti Nurhaliza.
MAJLIS doa selamat anjuran kelab peminat Sitizoners dihadiri 100 peminat Siti Nurhaliza.
 ??  ??
 ??  ?? REDZA bersama Ayda.
REDZA bersama Ayda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia