Harian Metro

UJI TEMPUR!

- Mohd Khidir Zakaria cnews@nstp.com.my

 200 peserta istimewa

Paintball sertai Pertanding­an Kebangsaan dalam Jelajah

OKU Sentral

Port Dickson

Hampir 200 peserta orang kurang upaya (OKU) menguji keupayaan masing-masing dalam Pertanding­an Paintball Kebangsaan dalam Jelajah OKU Sentral yang diadakan di Regency Tanjung Tuan Beach Resort.

Walaupun berstatus OKU fizikal cara mereka beraksi tiada jauh bezanya dengan insan normal cuma pergerakan agak terbatas terutama untuk melepasi halangan dan pada masa sama perlu mengelak ditembak pihak lawan.

Presiden Persatuan OKU Sentral, Ras

Adiba Radzi berkata, pertanding­an dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu OKU Fizikal dan Berkerusi Roda, OKU Pekak dan OKU Pembelajar­an serta OKU Pelbagai seperti buta.

Katanya, ini julung kali pihaknya menganjurk­an acara seperti itu dan memilih negeri ini kerana lokasi pertanding­an mempunyai prasarana yang lengkap untuk golongan OKU.

“Ini juga menjadi medan untuk golongan OKU bertemu rakan senasib serta memberi mereka semangat bahawa mereka juga boleh melakukann­ya seperti orang normal.

“Peserta jelas teruja kerana kebanyakan mereka belum pernah merasai suasana sebenar permainan ala kombat ini,” katanya ketika ditemui.

Ras Adiba juga berterima kasih kepada banyak pihak sama ada individu dan syarikat korporat yang menyumbang bagi menjayakan aktiviti berkenaan dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan.

Dalam pertanding­an itu, pasukan Melati Shooters muncul juara Kategori A, manakala naib juara milik OB dan ketiga dimenangi pasukan Krabi.

Bagi Kategori B, juara diraih kumpulan Saujana Puchong, manakala naib juara oleh kumpulan Harry Potter dan ketiga milik Max Steel.

Kategori C pula, juara milik kumpulan RGK manakala Cantas meraih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia