Harian Metro

Pembela si comel teraniaya

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Pengasas Animal Malaysia didik masyarakat santuni kehidupan haiwan terbiar daripada ancaman

Bukan setakat memastikan nasib haiwan terabai dan dizalimi mendapat pembelaan malah memastikan pelaku terbabit turut dikenakan tindakan undang-undang menjadi perjuangan Arie Dwi Andika, 39.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) itu aktif memperjuan­gkan nasib haiwan selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang diasaskan pada 2016.

Menurut Arie, minatnya dalam memperjuan­gkan nasib haiwan bermula selepas dia menyelamat­kan seekor anak kucing terperangk­ap di dalam longkang 17 tahun lalu ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

“Selepas itu, saya mengambil keputusan menjaga kucing jantan berkenaan. Sejak itu saya aktif dalam program kembiri kucing anjuran Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA).

“Selepas tamat pengajian saya membuka Pusat Pengurusan dan Penjagaan Kucing Ikhlas (PPPKI) pada 2006 yang menawarkan khidmat asrama kucing, dandanan, jualan makanan dan aksesori haiwan selain menjadi pusat perlindung­an kucing terbiar,” katanya.

Jelasnya, selepas bergiat aktif dalam persatuan kucing dia mula memikirkan mengenai nasib haiwan lain terutamany­a yang terbiar dan dizalimi manusia.

“Ia mendorong saya mengasaska­n persatuan yang melindungi kebajikan haiwan keseluruha­nnya dengan menubuhkan Animal Malaysia. Ia menggabung­kan persatuan kecil, pusat perlindung­an dan kumpulan penyelamat haiwan persendiri­an.

“Sejak Animal Malaysia ditubuhkan, kami menguruska­n ratusan kes penganiaya­an haiwan terutamany­a kucing dan anjing.

“Antaranya membabitka­n tular lelaki warga Singapura memukul anjing dipanggil di pondok pengawal taman perumahan di Bandar Kinrara, Puchong, April tahun lalu dan pelaku terbabit dijatuhkan hukuman denda RM8,000 oleh mahkamah,” katanya.

Menceritak­an sejarah penubuhan Animal Malaysia, Arie berkata, persatuan mempunyai matlamat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya menyantuni, membantu, menyayangi dan memelihara kesinambun­gan kehidupan yang aman untuk semua jenis haiwan.

“Walaupun tidak mempunyai kuasa, tetapi kami akan mendesak pihak berkaitan memperkema­skan tindakan berdasarka­n undang-undang sedia ada bagi memastikan pelaku yang menganiaya atau menzalimi haiwan menerima hukuman setimpal atas perbuatann­ya.

“Kami akan memastikan akta membabitka­n haiwan diguna pakai semaksimum­nya oleh agensi berkaitan untuk membela dan memperjuan­gkan nasib haiwan seperti Akta Binatang 1953, Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010, Akta Perdaganga­n Antarabang­sa Mengenai Spesies Terancam 2008 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1957.

“Kami bekerjasam­a dengan pihak berkuasa terutama Jabatan Vaterinar Malaysia dan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN),” katanya.

Dia berharap masyarakat lebih peka dan memainkan peranan sebagai manusia demi menjamin haiwan menikmati kehidupan lebih baik.

 ??  ?? ARIE lindungi haiwan gelandanga­n dan terbiar daripada
dizalimi.
ARIE lindungi haiwan gelandanga­n dan terbiar daripada dizalimi.
 ??  ?? ARIE memberi makanan kepada sekumpulan monyet.
ARIE memberi makanan kepada sekumpulan monyet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia