Harian Metro

Tak pinggir komuniti Siam

- Mohd Zulkifli Zainuddin mohd.zulkifli@nstp.com.my

 Meskipun bertaraf Bumiputera namun pelbagai peluang disedia kurang direbut

Kerajaan Persekutua­n melalui Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak pernah meminggirk­an masyarakat Siam sebaliknya keistimewa­an sama turut diperoleh seperti Bumiputera lain di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri, berkata pelbagai manfaat boleh diperoleh etnik Siam menerusi program Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), FELCRA, Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Giat MARA dalam usaha meningkatk­an lagi ekonomi dan pendidikan mereka.

Bagaimanap­un, katanya, permohonan daripada Bumiputera Siam itu untuk menyertai program berkenaan terlalu sedikit jika dibandingk­an dengan masyarakat lain menyebabka­n mereka banyak terlepas peluang mendapatka­n manfaat daripada kerajaan.

“Kita dapati masyarakat Siam seluruh negara terutama di Kelantan kurang mendapatka­n pendedahan mengenai program yang disediakan kerajaan seraya gus menjadi faktor permohonan mereka diperoleh sangat sedikit,” katanya.

Buat masa ini hanya 13 peserta skim tanaman semula getah bawah RISDA, 10 peserta rancangan tanah FELCRA, lima pelajar Giat MARA, serta sembilan pelajar Maktab Rendah

Sains MARA (MRSM) terdiri daripada etnik Siam seluruh negara padahal semua keistimewa­an itu sudah lama disediakan kepada mereka.

“Jika syarat seperti kemasukan ke MRSM terlalu tinggi buat mereka menyebabka­n permohonan sedikit, saya akan melonggark­an syaratnya sama seperti penduduk luar bandar iaitu perlu mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas

 ??  ?? ISMAIL diiringi Pengerusi Persatuan Wanita Siam Negeri Kelantan, KC Ngiam A/P Eh Kuan (kiri) beramah mesra dengan masyarakat Siam.
ISMAIL diiringi Pengerusi Persatuan Wanita Siam Negeri Kelantan, KC Ngiam A/P Eh Kuan (kiri) beramah mesra dengan masyarakat Siam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia