Harian Metro

Pesalah juvana SPM 9A mahu ubah kehidupan

-

Melaka: Kesilapan lalu tidak menghalang seorang pesalah juvana membuktika­n kemampuan apabila memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Kehidupan di Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas di sini, nyata memberi sinar buat Remy (bukan nama sebenar), 21, yang bertekad untuk mengubah kehidupan dan penerimaan masyarakat.

Remy yang ditahan atas kesalahan merogol, bakal dibebaskan Mei depan selepas menjalani pemulihan di SHG sejak lebih dua tahun lalu.

“Along janji tidak akan buat ibu Along menangis lagi.

“Syukur Along ditangkap dan dihantar ke sekolah ini, jika tidak mungkin terus menjadi remaja liar,” katanya yang turut ditemani ibunya berusia 47 tahun dan seorang adik perempuan berusia 17 tahun.

Remy yang dinobatkan pelajar terbaik antara 63 pelajar SHG yang menerima salinan peperiksaa­n SPM 2017 pada majlis ringkas yang diadakan di sekolah itu, semalam.

Salinan peperiksaa­n itu disampaika­n Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad.

Remy berkata, keazaman untuk mengubah hidup pada masa depan menjadi pendorong utama dia menduduki peperiksaa­n SPM yang tidak pernah diambilnya sebelum ini akibat tercicir dalam pelajaran.

“Memang tempoh enam bulan pertama sebaik dijatuhi hukuman, saya tidak dapat menerima kenyataan sehingga membuatkan saya sering dirotan pegawai penjara kerana memberonta­k.

“Mungkin kerana sudah bosan menerima hukuman rotan dan sering dinasihati guru serta rakan membuatkan saya menumpukan pelajaran sehinggala­h saya dapat apa yang saya inginkan,” katanya yang mahu menceburi bidang aeroangkas­a selepas ini.

Selain enam subjek teras, anak sulung daripada dua beradik berasal dari Damansara, Selangor itu turut memperoleh A bagi mata pelajaran Tassawur Islam, Ekonomi Asas dan Perdaganga­n. Kuala Terengganu: Akhbar kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menang besar malam kelmarin apabila membolot 10 kategori anugerah termasuk tiga Anugerah Khas Juri pada Malam Apresiasi Media Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2018.

Ketua Biro NSTP, Rosli Zakaria, wartawan NSTP, Zatul Iffah Zolkiply bersama wartawan sambilan Nazdy Harun dan Aslina Abu Bakar menerima tiga Anugerah Khas Juri.

Rosli menerima Anugerah Khas Juri itu atas kecemerlan­gannya sebagai wartawan kanan manakala Zatul Iffah dan Nazdy menerusi penulisan berita bertajuk Sumber Perikanan Pulihara Ekosistem yang disiarkan di Harian Metro. Aslina pula menerima Anugerah Liputan Berita Terbanyak.

Wartawan NSTP, Adrian David memenangi Anugerah Penulisan Berita Pendidikan Bahasa Inggeris Terbaik menerusi artikel disiarkan di akhbar NST sementara wartawan sambilan NSTP, Mohammad Ishak pula memenangi Anugerah Penulisan Berita Pendidikan Bahasa Melayu Terbaik menerusi artikel disiarkan di Berita Harian.

Selain itu, wartawan sambilan NSTP, Baharom Bakar dan Nurul Jannah Anam pula masing-masing memenangi Anugerah Penulisan Berita Penyelidik­an Terbaik menerusi artikel disiarkan di Berita Harian.

Wartawan NSTP, Rozana Sani dan Rozita Alias pula memenangi Anugerah Penulisan Berita Penyelidik­an Bahasa Inggeris Terbaik menerusi artikel disiarkan di NST.

Jurugambar NSTP, Ghazali Kori pula memenangi Anugerah Foto Terbaik.

Dengan kemenangan itu, semua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta sijil yang disampaika­n Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

Sementara itu, Dr Nor Aieni berkata, sepanjang 2017, 794 liputan media di akhbar utama edisi timur dan nasional dengan nilai berita (PR Value) berjumlah RM16.8 juta memberi kesan langsung dalam pemerkasaa­n citra UMT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia