Harian Metro

Dugaan hidup

- Adnan Ibrahim cnews@nstp.com.my

 Pemuda berhenti kerja jaga orang tua perlukan penjagaan rapi

Biarpun kudratnya tidak sekuat seperti insan lain, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Taman Nasib dekat sini tidak menjadikan­nya sebagai halangan untuk menjaga ibu bapanya yang juga OKU.

Mohd Azman, 24, yang juga patah kaki dan tangan akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu, kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap penjagaan ibu bapanya, Jumayah Sulaiman, 51 dan Mohd Imran Low Abdullah, 75.

Malah, dia juga sanggup berhenti kerja di sebuah pasar raya memandangk­an ibu bapanya memerlukan penjagaan rapi.

Berkongsi kisah hidupnya, Mohd Azman berkata, tragedi malang bermula apabila ibunya hilang penglihata­n sejak kira-kira tiga tahun lalu akibat penyakit kencing manis dan buah pinggang.

Katanya, setahun kemudian bapanya pula menghadapi masalah sakit sendi dan urat saraf selepas terjatuh ketika berjalan ke bilik air menyebabka­n kakinya patah dan tidak boleh berjalan.

Menurutnya, dia kini mengambil alih sepenuhnya tanggungja­wab menjaga ibu bapa dan kini bergantung kepada abang sulungnya Mohd Azlan, yang bekerja di pasar raya yang sama.

“Semua ini dilakukan demi kasih sayang kami berdua terhadap ibu bapa yang kini tidak boleh berbuat apa-apa. Saya mengambil alih semua tugas di rumah termasuk memasak,” katanya.

Dia berkata demikian ketika dikunjungi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kluang di kediaman keluargany­a di Taman Nasib, dekat sini, semalam.

Pada lawatan itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang, Mejar (B) Muhamad Tukiran dan Timbalan Ketua Biro Kebajikan UMNO bahagian itu, Azman Miskam turut menyumbang­kan kerusi roda untuk memudahkan Mohd Imran Low bergerak.

Mohd Azman berkata, walaupun dia sendiri tidak kuat untuk berjalan ia tidak menghalang­nya membantu kedua-dua ibu bapanya.

 ??  ?? MOHD Azman membetulka­n balutan pada kaki bapanya, Mohd Imran di rumah mereka sambil diperhatik­an ibunya, semalam.
MOHD Azman membetulka­n balutan pada kaki bapanya, Mohd Imran di rumah mereka sambil diperhatik­an ibunya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia