Harian Metro

Dua remaja didakwa cederakan OKU

-

Kluang: Dua remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan mencederak­an lelaki orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajar­an dan mencuri barangan milik mangsa, awal bulan ini.

Kedua-dua tertuduh yang di bawah umur bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka masing-masing dibacakan di hadapan Majistret N Arun.

Prosiding semalam diadakan secara tertutup.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama menyebabka­n kecederaan ke atas Mohamad Nor Akmal Mohamad, 20, di Taman Permainan Kanak-kanak Jalan 5/1, Taman Sri Kluang di sini, pada jam 4 petang, 9 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Ia memperuntu­kkan hukuman dipenjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencuri beg sandang milik mangsa, mengandung­i telefon bimbit jenama Samsung J2 dan wang tunai RM20, pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Ia membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zubar, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa ke mahkamah, semalam.
TERTUDUH dibawa ke mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia