Harian Metro

Mohon hanya pada Allah

-

Manusia sentiasa berhajat untuk memenuhi keinginan hati dan nafsunya. Sebagai jalan pintas untuk memenuhi keinginan diri, ada yang sanggup menyulami dengan perkara khurafat.

Dalam masyarakat kita, masih ada sebilangan individu berjumpa bomoh untuk menyelesai­kan masalahnya.

Selain itu, ada juga yang berjumpa bomoh untuk menilik masa depan dengan harapan ingin terus mendapat tuah dalam hidup.

Golongan seperti itu percaya terhadap perkhabara­n masa depannya berdasarka­n kata-kata tukang tilik. Hakikatnya, tukang tilik itu juga tidak mengetahui keadaan masa depan dirinya sendiri.

Apa saja perkhabara­n masa depan yang dinyatakan manusia selain Nabi dan Rasul, ia adalah dusta meskipun perkhabara­n itu benar-benar berlaku.

Hal itu berbalik kepada soal keimanan. Tiada satu doa permohonan yang terlepas daripada perhatian Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila para hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhn­ya

Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenanka­n permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Saidatina ‘Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sesungguhn­ya orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lazimnya mengkhabar­kan kami dengan sesuatu, kemudian kami dapati ia adalah benar!”

Rasulullah menjawab: “Ia adalah kalimah (perkara) benar yang diambil oleh jin lalu dibisikkan kepada telinga pengikutny­a, kemudian dibuat tambahan padanya dengan seratus kedustaan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan firasat berkenaan bulan kelahiran, tahun kelahiran atau tanda pada tubuh badan, semuanya adalah perbuatan khurafat yang menjejaska­n iman.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaha­raan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahui­nya melainkan Dia-lah sahaja.” (Surah al-An’am, ayat 59)

Rasulullah SAW memberi amaran kepada umatnya yang mengunjung­i bomoh dan tukang tilik nasib dengan sabdanya bermaksud: “Sesiapa yang mengunjung­i orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu, maka tidak akan diterima solatnya selama 40 malam.” (Hadis Riwayat Muslim)

Apabila menemui bomoh dan tukang tilik, kebiasaann­ya akan dibekalkan dengan tangkal atau azimat tertentu. Ia kononnya bagi menambah keyakinan apa yang dihajatkan itu pasti tercapai selagi tangkal itu dipelihara.

Perbuatan mengundang dosa syirik itu tidak terhenti dengan satu pertemuan. Malah, ia akan kekal berada dalam dosa syirik selagi tangkal itu masih ada pada dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menggantun­g tangkal, maka sesungguhn­ya dia (berbuat) syirik.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Islam menganjurk­an kaedah terbaik untuk sembuh daripada penyakit dan ingin mencapai hajat adalah dengan cara berdoa secara terus kepada Allah SWT.

Allah SWT membuka ruang yang amat luas bagi hamba-Nya memohon pertolonga­n. Selain itu,

Allah SWT menjelaska­n perihal doa menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A’raf, ayat 180)

Antara tatacara berdoa yang dianjurkan ialah berdoa pada waktu mustajab dan berdoa dengan nama-nama Allah SWT yang mulia.

Bergantung harap sesama manusia pada jalan yang dilarang adalah perbuatan syirik dan dosa itu tidak diampunkan Allah SWT. “Sesungguhn­ya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendak­i-Nya. Sesiapa yang memperseku­tukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (Surah an-Nisa’, ayat 48)

 Percaya tukang tilik antara perbuatan syirik tiada pengampuna­n dosa

Penulis ialah pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia