Harian Metro

Susui anak hingga terlepas waktu solat

-

Apakah hukum jika seseorang ibu menyusukan anak sehingga terlepas waktu solat? Pada ketika itu, ibu hanya berseorang­an dengan anaknya dan anak itu tidak mahu melepaskan susu ibunya.

Para ulama meletakkan enam jenis keadaan seseorang itu tidak berdosa melewatkan solat melepasi waktunya:

Tidur, jika tidur sebelum waktu solat.

Lupa.

Jamak solat.

Paksaan

Takut terlepas waktu wukuf di Arafah.

Menyelamat­kan perkara yang dimuliakan syarak daripada rosak dan binasa. Rujuk Taqrirat al-Sadidah (hlm. 190-191)

Pengecuali­an itu diambil kefahaman daripada hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tiga golongan orang yang tidak akan dicatat (yakni terbebas dari beban kewajipan): Orang tidur sehingga dia bangun, anak kecil sampai dia dewasa dan orang gila sampai dia waras.” Riwayat al-Tirmizi (1423)

Seterusnya, daripada Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah SWT memaafkan untukku daripada umatku akan perkara yang dilakukan dengan tersilap, perkara yang dilakukan dengan terlupa dan perkara yang mereka dipaksa melakukann­ya.” Riwayat Ibn Majah (2043)

Kami memahami dilema ibu berkenaan. Kebiasaann­ya, bayi akan meronta-ronta dan menangis apabila dilepaskan daripada susu ibunya tanpa kemahuanny­a.

Dalam keadaan tertentu, anak itu mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya apabila bergerak seperti jatuh katil apabila ingin mencari ibunya.

Menjawab persoalan itu, kami jawab dengan dua situasi.

Sekiranya anak itu dibiarkan, hanya menangis sahaja tanpa dikhuatiri akan mendedahka­n dirinya kepada bahaya, maka wajib bagi ibu untuk solat fardu pada waktunya.

Harus bagi ibu meringkask­an solat dengan meraikan rukun yang wajib sahaja. Jika panjang solatnya akan menyebabka­n mudarat kepada anaknya.

Kami nasihatkan setiap ibu perlu meletakkan anaknya di tempat selamat ketika menunaikan solat fardu seperti di dalam bilik dan di atas katil bayi berpagar.

Sekiranya anak diletakkan di sebelahnya kemudian ketika solat, anak itu menghampir­inya:

Jika anak itu tidak diyakini menanggung najis seperti tidak zahir najis atau bau, harus mendukung anak itu atau menanggung­nya.

Jika anak itu diyakini menanggung najis, maka tidak batal hanya kerana bersentuha­n dengan anak itu.

Jika mendukung, mengangkat atau menggengga­m tangannya, maka itu dianggap menanggung najis dan membatalka­n solat.

Sekiranya dibiarkan anak itu akan mengakibat­kan kebinasaan secara spontan seperti ketika berada di tebing bukit tinggi atau di atas sampan, maka harus bagi ibu melewatkan solatnya walaupun sudah tamat waktu. Hal itu dianggap darurat.

Kami juga menasihatk­an golongan ibu supaya tidak cuai tanggungja­wab mereka menunaikan solat sekalipun kasihan melihat anak menangis.

Allah SWT akan bantu kita apabila bersungguh menunaikan perintah-Nya. Suami juga wajib membantu isteri memenuhi tanggungja­wabnya kepada Pencipta dengan memberi pendidikan agama, berhikmah dan bersabar.

Jangan menyindir kejahilan isteri kerana itu hanya membawa fitnah lebih besar pada agamanya.

Suami isteri hendaklah saling menolong supaya impian Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku) dapat direalisas­i dalam keredaan Allah SWT.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia